Monday, 21 September 2015

anak, anugerah yang menguji

anak... 
anugerah yang menguji
lahirnya seorang anak disambut dengan penuh rasa syukur.
tough macam mana pun seorang bapa,
waktu pertama kali melihat anak itu mengerlip mata,
menggerakkan jari jemari halusnya,
mengeluarkan suara rengekan kecil manja,
pasti tak tertahan genangan air mata mengalir ke pipi.
atau setidaknya, tangisan kegembiraan itu mendayu di dalam hati.

begitu keadaannya
apabila anak yang lebih 9 bulan dalam kandungan,
dinanti dengan pelbagai perasaan dan keadaan,
akhirnya selamat dilahirkan.
segala sakit perit sang ibu hilang
pada kala dihulurkan anak itu kepadanya dan didakap di dada,
apatah lagi apabila berasakan anak itu
pada waktu pertama kali dalam dakapan,
seolah mengucapkan,

"terima kasih ibu, kerana melahirkan saya".


MasyaAllah...
Anugerah yang terindah.

namun...
lumrah kehidupan.
disebalik anugerah itu, adanya ujian yang tersedia.
maka pada anak itu adanya ujian kepada manusia
yang bergelar ibu dan bapa.
dan pada ujian itu, adanya ketentuan,
sama ada Allah akan redha
dengan sikap kita mengendalikan anugerah yang telah Dia beri,
atau akhirnya membawa kepada kemurkaanNya yang tidak terperi.
itulah dia anak, anugerah yang menguji.


Nukilan : Suami tercinta

*
*
*
*
*
*

::.Tinta Insyirah Solehah.::
adakalanya kita lupa, anugerah itu juga satu pinjaman. anugerah itu juga yang akan bawa kita ke Syurga Allah, anugerah itu juga yang bakal mendoakan kita, anugerah itu membahagiakan. terima kasih buat suami atas nasihat kasih sayang itu. Allah, bantu aku untuk jadi ummi yang terbaik untuk anak-anak ku.

Saturday, 19 September 2015

setiap saat rasa berdosa


kadang tu,
rasa berdosa membuak-buak,
bila check semula,
owh..
solat lewat hari ni,
subuh gajah hari ni,
hari ni tak buka langsung al-Quran,
bukan setakat tak buka saja,
pandang pun tak lagi,
hari ni ada merajuk rajuk tarik muka dengan suami,
hari ni ada marah-marah anak,
ada mengumpat jiran sebelah,
mengata orang dekat laman sosial,
hari ni cerita aib rumahtangga kat laman sosial,
hari ni asyik mengeluh tak cukup itu,
tak cukup ini.

hari ni penuh dengan perkara negatif,
hari ini kalau subuh pun subuh gajah,
jangan mimpi nak hari ini semua perkara positif.

sempit dada,
sukar mau bernafas,
Astaghfirullah.....
Pengampunan Allah Maha Luas

banyak dosa hari ni :(

Thursday, 17 September 2015

pesan murabbi

Assalamualaikum...

Antara pesan seorang pensyarah ketika kami di akhir kuliah bersamanya, beliau meninggalkan kami dengan pesan ini. semoga murabbi ini sentiasa dalam lindungan dan rahmat kasih sayang Allah.


semoga bermanfaat :)

tahnik - Nur Insyirah

kali ini nak cerita pasal tahnik nur insyirah.
Alhamdulillah. Nur Insyirah ditahnikkan pada hari kedua kelahirannya.
jumaat, 26/12/2014, 
jam 6.55 p.m.

Siapa yang mentahnikkan Insyirah???

selepas ummi dan insyirah dibenarkan pulang, abi insyirah terus bawa kita ke rumah atok dan nyai. di sana nur insyirah ditahnikkan oleh atok nya sendiri.
tak silap ummi sebelum tahnik, abi insyirah sedang bertungkus lumus membersihkan uri kemudian abi tanam di hadapan rumah atok dan nyai (bawah pokok tak silap ummi). selesai satu kerja.

ummi macam biasa lah, penat bersalin tak hilang lagi, sakit pinggang pula duduk lelama. dalam senyum-senyum tawar namun gembira tak terkira tatkala menatap insyirah yang wajahnya kemerah-merahan ketika itu sedikit sebanyak menghilangkan sakit-sakit ummi.

ummi hanya perhati sahaja insyirah ditahnikkan oleh atok. nyai sediakan sebiji kurma serta sedikit air zam-zam. ummi lihat atok sedang terkumat kumit membacakan doa sambil jari jemarinya melumatkan kurma supaya insyirah dapat rasa isi kurma dan bukan kulit kurma. lalu atok masukkan lenyekkan kurma bersama sedikit air zam-zam ke mulut dan lelangit insyirah.
ummi lihat insyirah mengerakkan mulut dan lidahnya, manis!




selesai satu lagi tanggungjawab.
alhamdulillah :)

Tuesday, 15 September 2015

resepi sotong cheese

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, hari ni aku nak share resepi sotong cheese. Kebetulan ritu aku blur nak masak apa lah tengahari tu. Dengan aplikasi wassap, segalanya menjadi mudah. Aku tanya je kat dalam group adik beradik aku. Dorang kongsi dengan aku resepi tersebut. Dapat resepi, terus meluru ke dapur dan bermula lah sesi ketuk ketuk kuali.. heheee.

Emm simple aje resepi ni puan puan. Pejam mata dah siap atas meja. ini resepinya.


SOTONG CHEESE

Bahan-bahannya :

Sotong (potong ikut suka puan puan & gaul dengan garam dan kunyit)
Bawang besar ( hiris)
Bawang putih (ketuk2 manja)
cili besar (hiris)
Sos tiram (aku letak 2 sudu besar)
Kicap manis (letaklah ikut banyak mana anda suka)
Cheese (1/2 keping je)
Daun bawang & daun sup (hiasan, tapi aku tak
beli)
garam (secukup rasa)

Cara-caranya :

Gorengkan bawang putih yang dihiris dengan sedikit minyak masak, masukkan sotong, sos tiram, & kicap manis. Sotong tersebut jangan kasi kecut okay, nanti kurang sedap. Kemudian masukkan bawang besar yang dihiris bebulat, cili besar, dan akhir sekali masukkan sekeping atau separuh keping cheese. Kalau anda suka kuah banyak, boleh tambah air sikit. Jangan lupa letak garam secukup rasa dan hiaskan dengan daun bawang & daun sup.

Siappp! 
Makan dengan nasi panas.. 
ummpp.


selamat mencuba.... :)

takziah

Takziah kepada keluarga mangsa tragedi kren tumbang di Masjidil Haram Mekah.
Semoga Allah menempatkan roh mangsa di kalangan para syuhada'  dan solehin.
Aminn.

Saturday, 12 September 2015

cobaan...

Assalamualaikum.

salam jumaat buat kalian yang membaca entry aku kali ini. hari ini terasa sedikit kesunyian. bukan sunyi di "hati", tapi sunyi disebabkan ketiadaan si buah hati :( tak mengapalah, si buah hati pergi untuk melaksanakan tanggungjawab dia pada negara. hari ni warga Singapore keluar mengundi. semoga selamat pergi dan selamat pulang wahai buah hati kesayangan hamba :)

sebagai mengisi masa terluang dan mengambil kesempatan anak sedang enak tidur, lalu aku pun ingin kongsikan sesuatu sebagai makanan jiwa kita insyaAllah :


bersangka baik dengan Allah. walaupun susah nak tenangkan diri kita dengan ujian yang sedang kita hadapi itu, namun percayalah, tidak Allah jadikan ujian itu sia-sia, ada hikmah disebaliknya yang kita tak ketahui. 

sama-sama muhasabah yukkk... :)

Friday, 11 September 2015

doa untuk kedua ibu bapa

Assalamualaikum...


tak kira di mana jua, tak kira lah jika mereka pernah menyakiti hati kita,
tak kiralah mereka pernah meninggalkan kita atas sebab tertentu,
tak kira lah kita sedang bahagia, sedang bergembira,
ambillah sedikit masa untuk mendoakan kedua ibu bapa kita.
tak susah pun.

tak terbalas pun jasa, budi mereka dalam membesarkan kita.
tak terbalas pun jasa ibu yang melahirkan, menyusukan.
tak terbalas pun jasa bapa dalam membesarkan kita, memberi didikan agama,
tak terbalas pun segala susah payah mereka untuk menjadikan kita sebagai seorang insan yang berguna.

sedikit sahaja masa, luangkanlah...

first time belajar buat header blog

Assalamualaikum...

saja nak share apa yang telah aku lakukan untuk menghasilkan
sebuah header blog.
aku bukanlah pandai sangat edit mengedit nih,
cuba-cuba saja.

okay, ini yang pertama aku buat.
tengoklah font yang aku guna tu,
ikut suka je.




selepas itu, aku mulai bosan dengan header tersebut.
dannnn...
lihatlah hasil yang tak seberapa ini :


bebunga la pula...




tak menarik di hati.
mencari dan terus mencari......




tak kreatif langsung... >_<







try tempek muka sendiri.
aduhhh, comot betul!




teringin nak buat macam ni,
tapi tak menjadi....

  
siapakah ini????




header ini aku selalu jugak guna.




















percubaan nak tempek gambar lagi.
hambarrrrr.....
sebab tak pandai mengedit....


*
*
*
*
*
*

dannnn......





ini design header yang terkini.
simple. aku suka sesimple yang boleh.

akhirnya.


Wednesday, 9 September 2015

kerana aku kembar mu


Assalamualaikum...


Alhamdulillah..
hari ni 19 March adalah hari yang agak bermakna kepada saya dan pasangan kembar saya. Sedar tidak sedar, kami sudah pun menganjak umur 20 tahun.. owh.. terlalu cepat rasanya.. pelbagai dugaan yang kami lalui bersama.. ok la, saya sedikit sebanyak ingin menceritakan tentang kami sebagai pasangan kembar yang tidak jauh bezanya antara satu sama lain..


::.MEDAN PERTEMUAN KITA YANG PERTAMA.::


ingat lagi tak ketika berada di alam ini yang indah saat kita bersama.. kita pernah dalam satu alam yang sama.. hanya kita berdua sahaja tahu apa yang berlaku saat itu, kita  pernah berjanji dengan Allah akan sama-sama harungi dunia ini..
agak-agak ingat lagi tak??

sampaikan kehadiran salah seorang dari kita di situ dirahsiakan.. bukan apa, untuk menghadirkan  rasa kesyukuran kepada Pencipta kita. Terasa gembiranya tinggal bersama kan? kau dan aku makan benda yang sama, hisap jari sama-sama,kadang-kadang kita main tendang sama-sama... entah-entah.. kita pernah gaduh kot siapa yang nak jadi kakak, adik... ha..ha..

indahnya nikmat di alam kita tinggal tanpa cubaan dunia,walaupun begitu, kita tidak boleh tinggal lama dalam alam kita berdua. kita bukanlah Imam Syafie yang boleh membesar begitu lama di alamnya.. alam yang dimaksudkan itu adalah alam rahim seorang ibu.. emak kita, "Jamnah binti Abdul Hamid".. saat mahu melihat dunia, kita telah buat meeting tergempak, siapa yang akan lihat wajah emak dahulu.. kau dan aku telah bertanding di pilihan raya.. Allah sebagai hakim, majoriti dimenangi oleh kau..

disebabkan kita telah berjanji akan berbakti ke dunia untuk Allah dan Rasul bersama-sama.. dalam usia yang terlalu muda, 7 bulan tersebut ditakdirkan kita akan meninggalkan rahim emak yang penuh dengan moment yang indah.. demi Allah dan Rasul, aku membenarkan kau mendahului langkah perjalanan ke medan penuh cabaran yang dinamakan dunia... setelah 5 minit kemudian, terlihatlah aku dan kau dihadapan "mak dan ayah" dengan seribu kegembiraan.


::.MEDAN PERTEMUAN KITA YANG KEDUA.::


Alhamdulillah..akhirnya kau menjadi kakak yang akan mencontohi keimanan seperti serikandi yang agung, Masyitah yang berkorban demi iman dan islam.. aku juga akan menyusuri langkah ku ini agar menjadi salah seorang bidadari di syurga nanti, seperti kisah Ainul Mardhiah..
insya'Allah..

tahun demi tahun, kita kian membesar dan menjadi dewasa... apa yang kau lalui, aku turut bersama.. mengorak langkah, adakalanya kau jatuh,aku akan memapah agar kau tidak terus hanyut dibawa arus dunia yang penuh pancaroba.. demikian juga kau, jika aku tidak mampu bertahan, kaulah yang membenarkan aku berpaut disisi kau agar aku tidak terus rebah..

kau dan aku bagaikan satu diari yang menyimpan seribu rahsia.. kau juga akan mencorakkan diari aku agar menjadi satu.. kita diibaratkan cerminan diri kita yang sebenarnya, kau merupai aku, aku juga mirip merupai kau.. kita berjanji akan melengkapi antara satu sama lain, jika cermin itu ada yang pecah atau retak, cepat-cepatlah kita menyambungnya semula sebelum pecah berderai...

kisah kita adalah sama, feeling kita juga sama.. jika aku sedih, kau turut merasainya.. jika kau sakit, aku juga turut sakit.. dan kita sanggup mahu merasai sakit itu bersama-sama.. tidak hairanlah kalau hari ini aku demam, esok juga kau akan demam... kisah kita hanya kita yang dapat merasainya, belum tentu orang sekeliling dapat merasainya..

perjalanan kehidupan kita tidak akan menjadi sempurna tanpa keluarga, teman dan orang sekeliling.. kadang-kala, saat kita lemah tidak berdaya, kita perlukan sokongan orang yang ketiga..
betul tak??

orang sekeliling itu akan membuat kita berdua lebih semangat untuk terus maju... tidak kiralah siapa orang itu.. serba sedikit memberi kekuatan kepada aku dan kau... terlalu specialnya mereka yang menjadi orang ketiga itu, jika di rumah, terlihatlah kegembiraan, gelak ketawa, suka dan duka kita bersama.. kegembiraan dan susah senang kita selama ini tidak akan lengkap tanpa orang yang ketiga, iaitu adik Siti Ais'hah.. dialah yang menyuburkan cinta, kasih dan sayang kita agar menjadi satu.....

Betapa untungnya, mereka yang pernah menjadi orang yang ketiga antara kita di medan menuntut ilmu, di sekolah mahupun di kolej...  sedar atau tidak, orang ketiga itu boleh dikatakan teman tapi mesra. ke mana sahaja kau dan aku pergi, sudah pasti dia menjadi orang tengah di antara kita... ha..ha..ha... erm... aku pun tidak pasti mengapa perlu bertiga.. itu kalau bertiga. namun kisah perjalanan ini banyak dilalui oleh kita berdua sahaja 'aku dan kau'...

tujuan aku menulis ini bukanlah mahu menceritakan tentang kau dan aku... hanya mahu memberitahu kau ada dalam diriku, dan juga aku sentiasa bersama kau... aku berharap apa pun rintangan yang mendatang, aku harap kau sentiasa di sisiku... walau saat waktu memisahkan kita, aku berharap akan turut menuruti kau dan bersama-sama hingga kesyurga...

sekian...



Nukilan :

Sunday, 6 September 2015

zaman belajar yang indah

aku suka sangat buat nota dalam
bentuk macam ni.
korang pula???


gambar ini mengingatkan aku zaman belajar dulu. diam-diam sudah 2 tahun berlalu, namun kenangan itu masih tetap segar di ingatan. apa khabar agaknya kawan-kawan.setelah berpisah, masing-masing membawa haluan sendiri. ada yang sambung pengajian ke peringkat seterusnya, ada yang bekerja dan sedang menjawat jawatan yang besar-besar. alhamdulillah... rezeki mereka. ada juga yang sudah mendirikan rumahtangga dan sudah memiliki anak masing-masing. aku juga tak ketinggalan. selepas habis sahaja pengajian, aku dan suami disatukan dengan ikatan perkahwinan dan dikurniakan seorang puteri. bahagia???

alhamdulillah... syukur.

bila kenangan zaman belajar menjengah, aku mula rasa rindu. rindu saat bergelar seorang mahasiswa.
rindu saat first time mendaftarkan diri ke IPT, berseorangan, tercari-cari kawan untuk dijadikan sahabat susah senang bersama. syukurlah, hari pertama dah dapat sorang dua kawan. sampai sekarang aku dengan seorang sahabat ini masih lagi berhubung. orang kata, sahabat sampai syurga. InsyaAllah.

rindu juga saat terkejar-kejar, berlari-lari nak pergi kuliah. bukan dekat, jauhhh.. jika niat menuntut ilmu kerana Allah, insyaAllah semua itu akan jadi mudah. bukan itu saja, aku turut merindui suasana pembelajaran. di dalam kuliah, di dalam kelas tutorial, pensyarah yang sentiasa memberikan ilmu tanpa jemu, memberi nasihat dan kawan-kawan yang boleh dikatakan semuanya baik-baik belaka. kadang tu, aku rasa bahagia sangat, bila mana Allah sentiasa letakkan aku dalam kalangan sahabat, suasana yang baik-baik. syukur.

bila time belajar, kami tak lokek antara satu sama lain. ada nota, kami kongsi satu kelas. ada asignment, kami sama sama buat, ada ujian midterm kami sama sama study, dan bila final exam 
hampir menjengah, kami sama sama ulangkaji, buat study group, kongsi nota kawan kawan, bincang mana yang tak faham sehinggalah tiba waktu exam. kami sentiasa bersama.

dan kini, masing-masing dengan kehidupan sendiri. berbakti pada orang tua, berbakti kepada keluarga, berbakti kepada agama, bangsa dan negara. masing-masing ada tugas tersendiri. aku pula dengan tanggungjawab sebagai anak, isteri dan seorang ummi sepenuhnya. semoga dengan apa yang kita lakukan ini sentiasa di bawah rahmat Allah. sentiasa dilindungi.

kenangan itu sentiasa diingatan.

ulangtahun perkahwinan

::.Sempena UlangTahun.::

Sayang,
Selamat UlangTahun Perkahwinan kita yang pertama.
tiada kata dapat abang ungkapkan
sebagai tanda syukur kerana sayang sudi menjadi isteri abang.
susah senang bersama abang,
sabar melayani karenah abang,
Thank You So Much Sayang.
Love You Till Jann...

amiinn


::semua wanita inginkan kata-kata yang manis dari seorang suami.
kalau tak dapat hadiah pun,
dapat ucapan yang sweet macam ni pun
dah buat hati isteri cair
buat hari isteri ceria
buat isteri menangis terharu::


kalau dah sayang

Assalamualaikum...


suami,
bila dah sayang isteri
dia akan jaga cara isteri berpakaian
sempurnakan aurat isteri...

ini barulah sweettt...


Friday, 4 September 2015

tenang dikau di sana

Gambar ini penghapus rasa gembira aku di dunia.
Kadang kita merasakan hidup kita paling teruk. Tak bahagia. Tak seronok. Dengan rasa tamak, kita ingin bolot kesemuanya. Namun, aku harus beringat. Dunia bukan semata untuk bahagia. Tapi derita harus dirasai. Agar manisnya di Syurga.

Setiap kali aku melihat penderitaan manusia seagama ku di perlakukan sedemikian rupa, pasti rentap luruh jantung ku.

Kenapa? Mengapa engkau dipilih wahai anak kecil. Kau tak tahu apa-apa tentang dunia yang kau huni ini. Dunia ini tak selamat untuk mu. Namun, Allah lebih tahu, Dia lebih sayang padamu.

Tenang aku melihat kau terdampar di situ. Bagaikan engkau sedang tidur enaknya. Allah.

Anak syurga, tenanglah dikau di sana.
Doakan umat islam yang diseksa, teraniaya sentiasa dilindungi Allah, sentiasa berada di bawah rahmat kasih sayangNya.

Sebak....

Thursday, 3 September 2015

Menyesal

Hah, amek kau! Sape suruh delete semua entry?! Bila tengok semula blog, rasa semacam sedih pula. dah kosong. Sebenarnya dah taknak berblog la konon. Tu sebab delete semua. Sekarang dah nyesal.

Tapi kan, jauh nun di sudut hati aku masih ingin berblog. Aku suka menulis. Biarpun takdak sapa yang nak baca tulisan aku. tapi, kalau ada tu terima kasih sebab sudi baca karangan aku yang tak seberapa tu. mana la tau kot kot nanti aku boleh keluarkan sebijik novel. Hehe berangan je. Tak salah kannn. Takpelah, niat mesti betul. Kongsi yang murni murni aja.

InsyaAllah.

nur insyirah - berkhatan

Setelah sekian lama hajat seorang ummi terlaksana jua.
Hajat ingin mengkhatankan anak perempuannya.
Hari itu bertarikh 5 Jun 2015, jumaat yang penuh barakah,
jam 4 petang di Poliklinik Dr. Norlela Bukit Mahkota.
Hanya RM38.00 sahaja anakku selamat dikhatankan.

baik je anak ummi masa proses khatan tu.
main cak-cak dengan ummi,
doktor terus buat kerja dia.
magic!
tak nangis pula.
berkat hari jumaat kot.



alhamdulillah, selesai satu tanggungjawab.

nur insyirah - 6 bulan

Assalamualaikum..

25 Jun 2015 genap 6 bulan Nur Insyirah. so dia kena cucuk - Hepatitis B (Dos 3) . Berat Nur Insyirah ketika itu 6.2kg , naik sedikit sahaja. Tapi masih okay.
apapun, alhamdulillah sebab dia sihat dan makin aktif.

Nangis tak masa kena cucuk?
kalau tak cucuk pun dia nangis, apatah lagi bila di cucuk.
satu klinik boleh bergegar dengan suara dia. hihiiii

okey nurse, jumpa lagi. dhaaaaa..

wajah ini

Assalamualaikum...



Gambar ini

dilukis oleh suami tercinta
wajah ini sudah bergelar seorang isteri
sudah bergelar seorang ummi
doakan dia sentiasa kuat dan tabah
dalam mengharungi ujian dan cabaran.

amiinn.


nur insyirah

anak, memang anugerah terindah. setiap pasangan pasti menginginkan cahaya mata.
teringat pula aku pada nur insyirah ketika baru lahir ke dunia.  puteri pertama aku lahir hari khamis 25 December 2014, jam 7.45 p.m dengan beratnya 3.7 kg. sekarang insyirah dah lapan bulan. berat pun dah 6.8 kg. alhamdulillah, dia membesar dengan baik. aku selalu cakap dan bisik kat telinga dia "anak solehah ye sayang..."
mudah-mudahan.

lepas nurse bersihkan,
terus ummi dakap dan susukan.
comel sangat ummi tengok kamu sayang.

terima kasih kerana hadir dalam hidup ummi
hadirmu melengkapkan hidup
hadirmu membahagiakan.



lelah seketika


hidup ini satu perjalanan
dari mula hingga akhir 
berjalan tanpa henti 
dengan ujian rahmat kasih sayang Tuhan 
berhenti tatkala lelah 
hiruplah udara pemberian Tuhan 
kumpulkan kekuatan
teruskan perjalanan
Allah bersama 
usah resah usah gundah 
akhirmu nanti Syurga...

bermula semula

Assalamualaikum...


alhamdulillah di atas segala kurnia Allah terhadap aku dan keluarga.
nikmat tak terhitung banyaknya. perlu banyak bersyukur sahaja.
tanda terima kasih padaNya.


ini merupakan blog aku yang baru.
habis aku padam kesemua entry.

kenapa?

aku cuma nak mulakan yang baru.
mood baru. tulisan yang lebih beerti.
tapi masih bertemakan blog peribadi.
cerita tentang aku, dia dan kamu.
tentang kehidupan. pengalaman. anak. keluarga.
sedikit sebanyak pesanan buat diri dan semua.
moga dengan tulisan ini mengalir pahala darinya.
mudah-mudahan.


lihat, aku masih berminat untuk menulis.

google image