Monday, 21 September 2015

anak, anugerah yang menguji

anak... 
anugerah yang menguji
lahirnya seorang anak disambut dengan penuh rasa syukur.
tough macam mana pun seorang bapa,
waktu pertama kali melihat anak itu mengerlip mata,
menggerakkan jari jemari halusnya,
mengeluarkan suara rengekan kecil manja,
pasti tak tertahan genangan air mata mengalir ke pipi.
atau setidaknya, tangisan kegembiraan itu mendayu di dalam hati.

begitu keadaannya
apabila anak yang lebih 9 bulan dalam kandungan,
dinanti dengan pelbagai perasaan dan keadaan,
akhirnya selamat dilahirkan.
segala sakit perit sang ibu hilang
pada kala dihulurkan anak itu kepadanya dan didakap di dada,
apatah lagi apabila berasakan anak itu
pada waktu pertama kali dalam dakapan,
seolah mengucapkan,

"terima kasih ibu, kerana melahirkan saya".


MasyaAllah...
Anugerah yang terindah.

namun...
lumrah kehidupan.
disebalik anugerah itu, adanya ujian yang tersedia.
maka pada anak itu adanya ujian kepada manusia
yang bergelar ibu dan bapa.
dan pada ujian itu, adanya ketentuan,
sama ada Allah akan redha
dengan sikap kita mengendalikan anugerah yang telah Dia beri,
atau akhirnya membawa kepada kemurkaanNya yang tidak terperi.
itulah dia anak, anugerah yang menguji.


Nukilan : Suami tercinta

*
*
*
*
*
*

::.Tinta Insyirah Solehah.::
adakalanya kita lupa, anugerah itu juga satu pinjaman. anugerah itu juga yang akan bawa kita ke Syurga Allah, anugerah itu juga yang bakal mendoakan kita, anugerah itu membahagiakan. terima kasih buat suami atas nasihat kasih sayang itu. Allah, bantu aku untuk jadi ummi yang terbaik untuk anak-anak ku.

4 comments:

  1. Hai2..Mimi Singgah sini..Sedihnya Nukilan..Hehe

    ReplyDelete
  2. benar..anak adalah ujian..
    salam ukhwah..

    ReplyDelete
  3. salam perkenalan salam ukhuwah...
    terima kasih sudi singgah blog kite.. :)

    ReplyDelete
  4. salam kenal
    Jemput singgah blog Nurfuzie.com
    Jom memriahkan GA cik en yang bernilai lebih dari rm1KGive Away Nurfuzie Dot Com #1 Bernilai RM1000

    ReplyDelete