Sunday, 6 September 2015

zaman belajar yang indah

aku suka sangat buat nota dalam
bentuk macam ni.
korang pula???


gambar ini mengingatkan aku zaman belajar dulu. diam-diam sudah 2 tahun berlalu, namun kenangan itu masih tetap segar di ingatan. apa khabar agaknya kawan-kawan.setelah berpisah, masing-masing membawa haluan sendiri. ada yang sambung pengajian ke peringkat seterusnya, ada yang bekerja dan sedang menjawat jawatan yang besar-besar. alhamdulillah... rezeki mereka. ada juga yang sudah mendirikan rumahtangga dan sudah memiliki anak masing-masing. aku juga tak ketinggalan. selepas habis sahaja pengajian, aku dan suami disatukan dengan ikatan perkahwinan dan dikurniakan seorang puteri. bahagia???

alhamdulillah... syukur.

bila kenangan zaman belajar menjengah, aku mula rasa rindu. rindu saat bergelar seorang mahasiswa.
rindu saat first time mendaftarkan diri ke IPT, berseorangan, tercari-cari kawan untuk dijadikan sahabat susah senang bersama. syukurlah, hari pertama dah dapat sorang dua kawan. sampai sekarang aku dengan seorang sahabat ini masih lagi berhubung. orang kata, sahabat sampai syurga. InsyaAllah.

rindu juga saat terkejar-kejar, berlari-lari nak pergi kuliah. bukan dekat, jauhhh.. jika niat menuntut ilmu kerana Allah, insyaAllah semua itu akan jadi mudah. bukan itu saja, aku turut merindui suasana pembelajaran. di dalam kuliah, di dalam kelas tutorial, pensyarah yang sentiasa memberikan ilmu tanpa jemu, memberi nasihat dan kawan-kawan yang boleh dikatakan semuanya baik-baik belaka. kadang tu, aku rasa bahagia sangat, bila mana Allah sentiasa letakkan aku dalam kalangan sahabat, suasana yang baik-baik. syukur.

bila time belajar, kami tak lokek antara satu sama lain. ada nota, kami kongsi satu kelas. ada asignment, kami sama sama buat, ada ujian midterm kami sama sama study, dan bila final exam 
hampir menjengah, kami sama sama ulangkaji, buat study group, kongsi nota kawan kawan, bincang mana yang tak faham sehinggalah tiba waktu exam. kami sentiasa bersama.

dan kini, masing-masing dengan kehidupan sendiri. berbakti pada orang tua, berbakti kepada keluarga, berbakti kepada agama, bangsa dan negara. masing-masing ada tugas tersendiri. aku pula dengan tanggungjawab sebagai anak, isteri dan seorang ummi sepenuhnya. semoga dengan apa yang kita lakukan ini sentiasa di bawah rahmat Allah. sentiasa dilindungi.

kenangan itu sentiasa diingatan.

No comments:

Post a Comment