Friday, 23 October 2015

SimKad Tone Excel

Assalamualaikum rakan-rakan blogger..
salam jumaat...

Raya haji baru baru ni, adik kembar aku pakat dok perkenalkan aku dengan simkad ToneExcel ni. penerangan demi penerangan, aku rasa macam tertarik pula. serius, aku tak pernah kenal dengan sim kad ni. inilah kali pertama daku mendengar dan menatapnya. emm alang-alang dah adik aku sendiri guna dan diorang amat bersemangat untuk berbisnes dengan mengunakan simkad ajaib tersebut. katanya banyak manfaat dan kebaikan yang kita boleh dapat. lihat saja testimoni dari pengguna yang dah berpengalaman. Allah, hebatnya dorang, boleh jana pendapatan sendiri. kalau mereka boleh, kenapa tidak aku!

Apa itu TuneTalk ToneExcel (TTTE)???


TuneTalk ToneExcel (TTTE)
Merupakan salah satu telco di Malaysia seperti Celcom, Maxis, Digi, Umobile dan lain lain..
Bezanya... TTTE menawarkan pelbagai kelebihan kepada pengguna yang tak ada pada telco lain dan membayar pengguna.

Kelebihan SimKad Tone Excel
1) Boleh kekalkan nombor lama
2) Kredit RM30 FREE 1GB
3) Dpt point tiap kali top up
- FREE tiket flight Air Asia
- FREE smartphones
- FREE tiket wayang

4) FREE extra kredit
- Top up RM30 FREE 1GB
- Top up RM50 FREE RM20

5) FREE Insuran RM100 ribu
6) FREE percutian Beijing & Bandung
7) FREE Umrah
8) Pertandingan
9) Diskaun Tune Hotel
10) Layanan istimewa Air Asia
11) Cabutan bertuah
12) Cash back 3%
13) Bonus bila ajak orang lain
14) Bonus boleh diwariskan

Anda boleh kekalkan nombor lama anda tidak kira bill @ prepaid. hanya tukarkan nombor anda jadi TuneTalk ToneExcel.

::.Soalan.::
(jawab dalam hati dengann jujur)
Sudah berapa lama anda guna fon?
Sudah berapa banyak anda keluarkan duit untuk top up?
ada dapat apa-apa pulangan tak?
bonus masuk bank?
TIADA kan?

Tapi.....
Tapi.............

Jangan tidak percaya jika dengan sim kad TTTE, top up sendiri saja pun kita dibayar dalam bentuk RM..

Wow!!!!!

Kini jika kekalkan nombor lama peluang dapat cabutan bertuah myvi dan terima banyak benefit diatas. Dan jika mahu duit extra income yg mampu selesaikan masalah kewangan anda juga ada caranya. Income pasif yang boleh diwariskan hingga 7 keturunan. Pernah dengar guna handphone dan dapat benefit banyak seperti ini???

Untuk info lanjut boleh lihat di link ini:

Berminat????

Jika berminat ingin menjadi ahli TuneTalk ToneExcel (TTTE)
dan menggunakan simkad Tone Excel boleh hubungi saya:

idp : (idpengedar) 978374
Whatsapp/sms : 019-5690439 (sofiah abu bakar)
Facebook : sofiea pya
Instagram : sofieapya

*
*
*








Boleh pm saya sekarang
terima kasih :)


Friday, 16 October 2015

yang mana satu?

baru baru ni ada mood pula buat doodle la, cartoonkan muka la, edit header la.
tak tahu mana datang mod tu, padahal setiap hari busy dengan anak je.
magic kan???

emmm tak dapat nak elak, semua tu semacam hobi aku dah.
sebenarnya nak tanya kengkawan semua yang lihat dan terbaca entry aku ni.
mana satu ye sesuai untuk headar blog aku?
yang ada gambar aku dengan anak atau yang kosong, suci dalam debu tu?
kompius pulak aku nak pilih. dua-dua rasa ok.

ce cuba bagi pendapat... heheheheeeee

:)


ini?


*
*
*
*
*
*
*


atau


*
*
*
*
*
*
*

ini?





terima kasih....

:)

maaf...




di waktu sedang diuji
lantas teringat dosa
dosa pada manusia
dosa pada Allah apatah lagi

Allah..
memang tak kuat nak hadapi ujian hidup
namun berkat orang di sekeliling yang
sentiasa ada dan beri sokongan mahupun pertolongan
aku gagahkan jua di masa itu

mohon maaf atas segala kesalahan daku pada kalian
semoga Allah melembutkan hati kalian untuk memaafi ku
semoga kita sama-sama ke Syurga ya..

amin..

salam jumaat

:)


Assalamualaikum.
salam jumaat untuk semua... :)


Tuesday, 13 October 2015

terima kasih cinta



bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum semua..
apa khabar ye? harap semuanya sentiasa sihat, sentiasa ceria, dilindungi Allah s.w.t dan bahagia. alhamdulillah, syukur atas segala nikmat. sihat tak sakit, ceria tak sedih, bahagia tak derita. sebenarnya, banyak sangat nikmat yang Allah beri pada kita. cuma kita kadang tu tak sedar. bila hilang nikmat itu, baru lah kita tercari cari. dah tak ada, buat apa nak dicari lagi kan. itu sebab apa yang kita ada saat ini, syukurilah.

gambar di atas dilukis oleh suami aku. aku tahu dia sangat sangat berbakat bab melukis ni. tu pun sebab dulu dia pernah lukis gambar aku. senyap senyap pulak tu. amboiii! masih lagi dalam simpanan aku. terima kasih. so, bila aku mengada ngada minta dia lukis gambar kami satu family, dia turuti aje. diselitkan dengan sedikit pujian, "abang lukis cantik...." sudah cukup membuatkan dia berkobar kobar untuk melukis. :)

walaupun cuma sedikit yang dibuat oleh pasangan, tahap teruja dan happy tu boleh sampai ke level seratus!
eh, seronoklahhh.. sebab dia layankan aje perangai kita.
orang perempuan, suka perhatian, tak gitu kawan kawan???

ok, tak payah celoteh panjang panjang, nanti orang boring..hihiiiii

ok
bye!

:)

Monday, 12 October 2015

doodle muslimah - adobe flash

Assalamualaikum.

entah untuk berapa kali aku cuba buat doodle aku ni. so, ini hasilnya.
menyempat juga aku berdoodle dengan anak. hiks :)


doodle muslimah berjubah


i love you toooooo


doodle muslimah berjubah pink







kalau ada masa nak buat lagi...
seronok berdoodle.

dhaaaaa.
bye

:)


jiwa sakit?

:)


kadang kita perlu dengar apa kritikan orang terhadap kita.
supaya kita ubah diri kita daripada tak baik kepada yang lebih baik.
kadang kita tak perlu ambil peduli apa yang orang kata tentang kita.
kerana dengannya mungkin kita terjatuh, tersungkur, ter..ter...ter...
tak bangun bangun. tak ada apa yang kita ubah dan kita terima apa sahaja
yang orang katakan pada kita.
baik kah buruk kah kita.
biarkan mereka mahu kata apa pun,
biarkan kata kata dari lidah yang tajam tidak bertulang itu
mengalir bak air.
asalkan jiwa kita tidak sakit dek kerana kata kata mereka.
hanya kita yang tahu diri kita.

:)

Sunday, 11 October 2015

cartoonkan muka - photoshop


Assalamualaikum.

apa khabar anda semua?
moga sentiasa di bawah lindungan Allah s.w.t.

alhamdulillah,
dah lama aku tinggalkan dunia berphotoshop ni.
hampir 2 tahun lebih. tak silap aku.
almaklum sajalah sibuk dengan hal lain.

bila sesekali tengok gambar-gambar lama,
terjumpa pula hasil photoshop aku.
ini memang satu hobi baru aku masa dulu.
insyaAllah sekarang pun masih berminat.
cuma ruang masa terhad sangat sangat.

ini hasil tidak seberapa,
silakan menjamu mata anda.

:)























sekian.
terima kasih


;)


Saturday, 10 October 2015

tak terluah

sakit.
sakit tu kat sini!!!!

tahu kah sakit itu di mana?
sakit itu walau ia di hati
tapi rasa sakit itu menyelinap
ke seluruh tubuh.

nah, penangan kini aku rasa.
tahan....
tahan....saja.

kerna aku tak mampu nak buat apa apa lagi.
cukup aku bersabar
namun orang takkan pernah mengerti hati aku
biarpun telah berjuta kali
meluahkan bahawa aku tak terdaya
menahan rasukan dihati
tapi kau hanya mendengar
seolah mengerti apa yang aku bicara
seolah kau tidak bersalah apa apa
mencari alasan
yang aku fikir ia bukan alasan lagi
ia hanya tipu muslihat
selindung di sebalik kebaikan
yang aku tak ketahui
tapi sebenarnya,
kau butakan telinga
tiada apa apa mampu kau ubah
untuk sembuhkan hati aku yang kian luka.

tapi Dia,
Dia sentiasa ada
walau aku tak pernah
mengadu padaNya
Dia maha Tahu
Maha tahu hati ku
Maha tahu kabutnya hati ku
Maha tahu segalanya
Maha tahu akan cara penyelesaiannya.

aku kaget.
bilamana manusia
memang tidak akan pernah mengerti
meski aku kian berharap
mereka untuk mengerti aku
namun, aku gagal.
kerna, aku tidak mencariMu
padahal Dia sentiasa menanti aku
untuk terus berbicara
terus meluah
terus mengadu
padaNya
yang SATU.


sendiri. aku sendiri. ='(

Monday, 5 October 2015

lukis-lukis guna adobe flash

Assalamualaikum...


masa zaman bujang, zaman belajar dulu, aku rajin la buat benda ni. isi masa konon, padahal banyak assignment tak siapkan lagi. buat benda ni kadang tu boleh juga hilangkan stress aku. terpulanglah, yang penting kita buat benda yang berfaedah. macam mana aku boleh terjebak dengan benda ni? cartoonkan muka orang, ummm macam best pula.

mulanya suami yang ajar aku sikit-sikit pasal adobe flash. lagipun aku cam berminat tengok dia hasilkan cartoon ikut muka orang sebijik sebijik. start dari itu, aku mula belajar sikit demi sikit. walaupun tak berapa nak menjadi, tapi oklah juga kan.. hiks..

ini lukisan pertama























okay, itu sahaja buat masa ni. bila lah dapat buat lagi ye...
emmmm emmm emmmmm....
insyaAllah, jika ada ruang dan masa akan terhasillah sesuatu.

bye :)

Friday, 2 October 2015

Segmen Blogwalking Hanis Masturina

Assalamualaikum...

:)


(Klik banner untuk join)



jom sama-sama bersegmen
salam ukhuwah :)

buatkan blog untuk adik kembar

Assalamualaikum..

Baru baru ni ada mood nak mengedit blog orang. Blog adik kembar aku. Ni disebabkan blog dorang macam tak hidup je (ceh! marah dorang satgi), almaklumlah baru lagi masuk dunia maya ni. Disebabkan juga aku bermurah hati dan mood baik gitu, aku pun mula merisik dorang.

"Kembar, kalau korang nak kak (aku) edit blog korang kasi nampak cantik nak tak...?"

"Nak.... boleh juge.."

"Kasi email dengan password skali ye.."

Dengan tanpa ragu lagi was was dorang terus letak kepercayaan 100% terhadap aku.
Aku sahut cabaran itu..! Yeayyy!!

Aku taklah pandai sangat mengedit blog ni, sebab aku pun masih baru baruuuuu gitu haaaa.. edit yang basic2 je bagi nampak kemas lagi teratur. Ini sahaja yang mampu wahai adik adik sayang... :)


jemputlah singgah blog dorang ni:


semoga ada manfaat darinya.
:)