Tuesday, 13 October 2015

terima kasih cinta



bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum semua..
apa khabar ye? harap semuanya sentiasa sihat, sentiasa ceria, dilindungi Allah s.w.t dan bahagia. alhamdulillah, syukur atas segala nikmat. sihat tak sakit, ceria tak sedih, bahagia tak derita. sebenarnya, banyak sangat nikmat yang Allah beri pada kita. cuma kita kadang tu tak sedar. bila hilang nikmat itu, baru lah kita tercari cari. dah tak ada, buat apa nak dicari lagi kan. itu sebab apa yang kita ada saat ini, syukurilah.

gambar di atas dilukis oleh suami aku. aku tahu dia sangat sangat berbakat bab melukis ni. tu pun sebab dulu dia pernah lukis gambar aku. senyap senyap pulak tu. amboiii! masih lagi dalam simpanan aku. terima kasih. so, bila aku mengada ngada minta dia lukis gambar kami satu family, dia turuti aje. diselitkan dengan sedikit pujian, "abang lukis cantik...." sudah cukup membuatkan dia berkobar kobar untuk melukis. :)

walaupun cuma sedikit yang dibuat oleh pasangan, tahap teruja dan happy tu boleh sampai ke level seratus!
eh, seronoklahhh.. sebab dia layankan aje perangai kita.
orang perempuan, suka perhatian, tak gitu kawan kawan???

ok, tak payah celoteh panjang panjang, nanti orang boring..hihiiiii

ok
bye!

:)

1 comment:

  1. Betul...yang penting suami isteri saling bertolak ansur...suami tolak kita ansur2 berganjak..isteri tolak suami buat tak tau je..sebab...suami pelindung isteri..

    ReplyDelete