Friday, 27 November 2015

bertabahlah wahai hati


Dia Maha mengetahui.
Allah..
mohon hati kuat hadapi.

Thursday, 26 November 2015

Angin sepoi-sepoi

Assalamualaikum..

sejak dilanda beberapa masalah ni, aku mudah pula rasa panik. Dahla penyakit panik tu memang dah ada, di tambah pula dengan masalah yang bersusun beratur nak hinggap aku. Rasa tak boleh nak bawak bersabar. Haish.. nama pun manusia kann. Mengeluh memanjang.
Kadang tu sampai terbawak bawak dalam solat. Ish kacau betul. Nampak benar nak jumpa Tuhan pun, aku masih fikir dunia. Allah..

Semalam, aku sesak nafas masa solat isya' Sebenarnya ini bukan kali pertama aku rasa begitu. Sudah berkali kali. Setiap kali sesak nafas tu berlaku time aku nak solat, aku jadi tak kusyuk. Aku sedut nafas dalam dalam dan hembus. Rasa macam tak cukup oksigen. Jantung berdenyut kencang, aku gelabah. Allah..

Selesai solat, aku letak tangan di dada.
"Astaghfirullah al'azimm.........."
"Astaghfirullah al'azimm..........."
"Astaghfirullah al'azimm............"
"Astaghfirullah al'azimm.............."

Sambil tu aku tarik nafas dan hembus.. berulang kali. Masih tak tenang. Lantas, aku bagitau suami keadaan aku. Aku minta dia urut belakang aku. Aku rasa macam badan aku ni banyak angin. Mungkin. Selesai je ngurut, berdentum dentum aku sendawa. Alhamdulillah.... lega sangat sangat..! Angin rupanya. Ciss.

Kesimpulannya, makan lewat boleh menyebabkan satu badan masuk angin, makan banyak menyebabkan perut penuh, makan laju menyebabkan... emmm entah. Mungkin angin jugak kot.

Apa pun alhamdulillah.. doakan aku sihat sihat aje okay..


Salam kasih sayang.. :-)

Thursday, 19 November 2015

Ujian

Assalamualaikum

Apa khabar Iman hari ini? alhamdulillah.

Ada masalah, putus asa, tak ada mood nak buat apa pun, menung hambar, masa berlalu begitu saja, tidur, makan seperti biasa, tidur lagi, makan lagi, ulang rutin yang sama mengharapkan masalah itu selesai dan berlalu begitu saja. oohhh hambar...

Andai jiwa tidak di isi dengan zikrullah, solat lima waktu, muhasabah, doa, pasti jiwa kosong tak bertepi. kerana kita sangka, kita hanya berseorangan, tiada siapa yang dapat menolong saat kita dilanda musibah. Tapi kita lupa, saat susah atau senang, Dia sentiasa ada tanpa kita pinta. jelas kannn?

Jadi, jika hari ini kamu berduka, ingat ingat sama pada yang lebih berduka. siapa ya? mereka saudara seagama kita. setiap saat setiap detik ketika mereka ditindas, dizalimi, diseksa, dikejam dengan hebat semata mata pertahankan agama Allah dan berjuang menyelamatkan nyawa untuk hidup. Allah.... sungguh mereka kuat, mereka tabah hadapi mehnah ini.

Kita susah, lihat orang yang lebih susah dari kita. kita sedih ketika ini, tapi masih ada orang yang begitu prihatin pada kita. kita dihina ketika ini, usah bimbang kerana ia hanya sementara. lihat di luar jendela, hirup udara sedalam dalamnya, rasakan hadirnya kasih sayang Allah pada kita, kerana hari ini kita masih hidup, serta dapat pula sedut udara, lihat langit membiru awan memutih. indah kann...? sayangnya Allah pada kita.

Walau apa pun keadaan kita ketika ini, syukur. Ingat bahawa Allah sentiasa bersama kita. berdoalah agar ada penyelesaian di sebalik masalah itu.

kawan kawan, mari sama sama kita berdoa agar Allah panjangkan umur kita, berikan kita kesihatan yang baik, murahkan rezeki kita, selamat dan lancar segala urusan dunia akhirat, dan tidak lupa doakan saudara seagama kita agar mereka terus kuat, tabah hadapi ujian hidup, selamat, dilindungi Allah s.w.t. hanya doa senjata kita.

Aminn..

salam sayang untuk semua :-)

Wednesday, 18 November 2015

Sudah 10 bulan

Assalamualaikum...

Lama tak update blog. Alhamdulillah, petang ni insyirah tidur dalam buai, so bolehlah ummi dia teman abi insyirah makan dah tu merepek kat blog ni. uwaaaaa.... rindu sangat kat blog. Okay, cerita pasal anak ye, anak aku 10 bulan dah pun. 25/10 yang lepas. sekejap je membesar. macam baru je semalam bersalin, tup tup dah 10 bulan.

menjelang usia 10 bulan ni insyirah dah pandai apa??? gigi tu dah tumbuh belum?? dah boleh berjalan?? alhamdulillah, sekarang dia dah laju berjalan. tapi ala ala penguin gitu. ke mana ummi dan abi dia pergi dia pun nak ikut sama. ke dapur terutamanya. tak tahulah kenapa. aku tak bagi dia ke dapur, sebab dapur penuh dengan barang yang mudah pecah, tajam, kadang tu lantai licin, tapi yang paling penting aku tak nak anak ku cedera ke apa ke...yang bahaya untuk dia. duk aje diam diam kat ruang tamu tu, mainlah apa yang patut. mahu ke dia???? gelak aku. yang pasti aku kena sentiasa bersama dia, waktu main, tidur, makan, tengok katon (upin ipin) dan sebagainya. time nak masak jangan cerita lah. kompom aku tak masak selagi abi insyirah tak balik kerja. hebat tak aku?

sejak dah boleh jalan ni, kuranglah sikit aku dukung insyirah. dia nak jalan masuk bilik, tawaf katil 3 4 kali, pastu keluar balik sambil dengar aku bebel bebel ruang tamu bersepah barang mainan dia, pastu dia masuk bilik semula, acah acah konon nak ambil barang mainan dia, padahal tak sanggup dengar aku bebel. emmm perasaan aku je nie...sebenarnya, ikut dia je nak jalan ke mana. sekali aku cakap gini, "insyirah..... tak moh gi situ!", "tak boooolehhh", dan ayat last "Astaghfirullahal'azimmmm" mahu dia berlari lari penguin datang kat aku sambil letak muka kat bahu aku dengan muka minta dibelai manja. konon boleh reda kan bebelan aku la tu. heheee.. padahal, marah marah mulut aje. bila tengok anak begitu, terus peluk dia. cium dia. amboiiii... saje nak uji ummi ye...? pape pun dia mulai faham, apa yang kita cakap, kita larang. alhamdulillah.

Gigi mana gigi? pak pak sedara insyirah tanya mana gigi insyirah. aku gelak je. tuuuuu.... dua batang bawah, atas 4 batang segan silu nak tumbuh. sejak ada gigi nak tumbuh ni, jari tu asyik dalam mulut je. kadang dia masukkan jari sampai ke kerongkong sampai nak uwekkk uwekkkk muntah. mungkin gatal gusi bawak ke kerongkong!

apa pun, aku harap anak ini sihat, ceria, solehah dan jadi hamba Allah yang taat pada perintahNya. okay, aku belanja doodle insyirah sempena jari aku gatal bersketch.... silakan menjamu mata anda.

Tateh.... syirah tatehhhhh......


di klinik checkup 10 bulan


baby nur insyirah umur 2 hari


sekian.
salam sayang untuk semua... :-)

Thursday, 12 November 2015

Jana Pendapatan dengan Simkad Tone Excel


Bismillah...


Simkad Tone Excel


Nak cerita sikit ni, adik aku student. baru sebulan je guna simkad Tone Excel, alhamdulillah, rezeki dia dapat RM50 dalam akaun. Baru bulan pertama menggunakan simkad ajaib ni. dan... baru seorang downline dia. kalau ramai downline dia??? mungkin dia dapat lebih dari itu.

Walaupun sikit je RM50 di mata awak, tapi sapa nak bagi RM50 ni free-free je macam tu?? 
tambahan pula, dia sebagai student, kadang tu nak beli keperluan belajar, keperluan diri dan macam-macam lagi. so, RM50 sangat bermakna untuk diorang.

Simkad ni hanya RM100 je, tak rugi pun kalau anda beli. Tak mahal pun kalau nak dibandingkan dengan nilai yang akan awak awak dapat tiap-tiap bulan nanti.

Simkad ni awak guna, awak dapat duit. Sesaja awak topup pun awak dapat cash back 3% dalam akaun. Seronok tau. Sebab tak ada yang rugi. Yang ada cuma untung! Untung! Untung!

InsyaAllah, rezeki dari Allah. Kita yang kena usaha lebih. Mudah mudahan rezeki ini rezeki yang berkat.

Aku suri rumah, adik aku student. Guna simkad ini untuk keperluan di samping kami boleh jana pendapatan.

Jangan ragu ragu lagi, cepat join simkad tone excel dan terus whatsApp aku :


"SAYA BERMINAT DENGAN SIMKAD TONE EXCEL"

*
*
*

Untuk info lanjut boleh lihat di link ini:


Jika berminat ingin menjadi ahli TuneTalk ToneExcel (TTTE)
dan menggunakan simkad Tone Excel boleh hubungi saya:

idp : (idpengedar) 978374
Whatsapp/sms : 019-5690439 (sofiah abu bakar)
Facebook : sofiea pya
Instagram : sofieapya



terima kasih :-)