Wednesday, 18 November 2015

Sudah 10 bulan

Assalamualaikum...

Lama tak update blog. Alhamdulillah, petang ni insyirah tidur dalam buai, so bolehlah ummi dia teman abi insyirah makan dah tu merepek kat blog ni. uwaaaaa.... rindu sangat kat blog. Okay, cerita pasal anak ye, anak aku 10 bulan dah pun. 25/10 yang lepas. sekejap je membesar. macam baru je semalam bersalin, tup tup dah 10 bulan.

menjelang usia 10 bulan ni insyirah dah pandai apa??? gigi tu dah tumbuh belum?? dah boleh berjalan?? alhamdulillah, sekarang dia dah laju berjalan. tapi ala ala penguin gitu. ke mana ummi dan abi dia pergi dia pun nak ikut sama. ke dapur terutamanya. tak tahulah kenapa. aku tak bagi dia ke dapur, sebab dapur penuh dengan barang yang mudah pecah, tajam, kadang tu lantai licin, tapi yang paling penting aku tak nak anak ku cedera ke apa ke...yang bahaya untuk dia. duk aje diam diam kat ruang tamu tu, mainlah apa yang patut. mahu ke dia???? gelak aku. yang pasti aku kena sentiasa bersama dia, waktu main, tidur, makan, tengok katon (upin ipin) dan sebagainya. time nak masak jangan cerita lah. kompom aku tak masak selagi abi insyirah tak balik kerja. hebat tak aku?

sejak dah boleh jalan ni, kuranglah sikit aku dukung insyirah. dia nak jalan masuk bilik, tawaf katil 3 4 kali, pastu keluar balik sambil dengar aku bebel bebel ruang tamu bersepah barang mainan dia, pastu dia masuk bilik semula, acah acah konon nak ambil barang mainan dia, padahal tak sanggup dengar aku bebel. emmm perasaan aku je nie...sebenarnya, ikut dia je nak jalan ke mana. sekali aku cakap gini, "insyirah..... tak moh gi situ!", "tak boooolehhh", dan ayat last "Astaghfirullahal'azimmmm" mahu dia berlari lari penguin datang kat aku sambil letak muka kat bahu aku dengan muka minta dibelai manja. konon boleh reda kan bebelan aku la tu. heheee.. padahal, marah marah mulut aje. bila tengok anak begitu, terus peluk dia. cium dia. amboiiii... saje nak uji ummi ye...? pape pun dia mulai faham, apa yang kita cakap, kita larang. alhamdulillah.

Gigi mana gigi? pak pak sedara insyirah tanya mana gigi insyirah. aku gelak je. tuuuuu.... dua batang bawah, atas 4 batang segan silu nak tumbuh. sejak ada gigi nak tumbuh ni, jari tu asyik dalam mulut je. kadang dia masukkan jari sampai ke kerongkong sampai nak uwekkk uwekkkk muntah. mungkin gatal gusi bawak ke kerongkong!

apa pun, aku harap anak ini sihat, ceria, solehah dan jadi hamba Allah yang taat pada perintahNya. okay, aku belanja doodle insyirah sempena jari aku gatal bersketch.... silakan menjamu mata anda.

Tateh.... syirah tatehhhhh......


di klinik checkup 10 bulan


baby nur insyirah umur 2 hari


sekian.
salam sayang untuk semua... :-)

1 comment:

  1. alololo...suka tengok gigi baby yang baru nak tumbuh...sangat commel..

    ReplyDelete