Thursday, 26 November 2015

Angin sepoi-sepoi

Assalamualaikum..

sejak dilanda beberapa masalah ni, aku mudah pula rasa panik. Dahla penyakit panik tu memang dah ada, di tambah pula dengan masalah yang bersusun beratur nak hinggap aku. Rasa tak boleh nak bawak bersabar. Haish.. nama pun manusia kann. Mengeluh memanjang.
Kadang tu sampai terbawak bawak dalam solat. Ish kacau betul. Nampak benar nak jumpa Tuhan pun, aku masih fikir dunia. Allah..

Semalam, aku sesak nafas masa solat isya' Sebenarnya ini bukan kali pertama aku rasa begitu. Sudah berkali kali. Setiap kali sesak nafas tu berlaku time aku nak solat, aku jadi tak kusyuk. Aku sedut nafas dalam dalam dan hembus. Rasa macam tak cukup oksigen. Jantung berdenyut kencang, aku gelabah. Allah..

Selesai solat, aku letak tangan di dada.
"Astaghfirullah al'azimm.........."
"Astaghfirullah al'azimm..........."
"Astaghfirullah al'azimm............"
"Astaghfirullah al'azimm.............."

Sambil tu aku tarik nafas dan hembus.. berulang kali. Masih tak tenang. Lantas, aku bagitau suami keadaan aku. Aku minta dia urut belakang aku. Aku rasa macam badan aku ni banyak angin. Mungkin. Selesai je ngurut, berdentum dentum aku sendawa. Alhamdulillah.... lega sangat sangat..! Angin rupanya. Ciss.

Kesimpulannya, makan lewat boleh menyebabkan satu badan masuk angin, makan banyak menyebabkan perut penuh, makan laju menyebabkan... emmm entah. Mungkin angin jugak kot.

Apa pun alhamdulillah.. doakan aku sihat sihat aje okay..


Salam kasih sayang.. :-)

No comments:

Post a Comment