Thursday, 31 December 2015

Kali pertama bersushi di "Toyyiban Sushi"

Bismillah.
Assalamualaikum semua...

Alhamdulillah, disetiap nikmat yang telah Allah berikan kepada aku, kamu dan semua. jangan lupa untuk titipkan ucapan itu tika kita merasai nikmat apa pun. peringatan terutamanya untuk aku!

Isnin yang lepas aku bertanyakan soalan kepada salah seorang sahabat aku. "Sushi". kat mana yang "Halal"? malangnya, dia kata bahawa dia tak makan sushi! aku menyuarakan hasrat aku yang kempunanan nak merasai sushi. kebetulan aku belum pernah menikmatinya sepanjang hidup ku ini. sedih bukan?

kemudian, esoknya, sahabat aku ni whatsapp aku bagitau ada satu tempat jual sushi halal iaitu di K6-1, 1st floor Bangi gateway shopping complex, seksyen 15 Bandar Baru Bangi,, 43650 Bangi. Seronok juga bila dapat tahu ada sushi halal berdekatan dengan rumah. yeayyy!!!

Keesokan harinya encik suami ajak aku ke pasar malam. kebetulan ke pasar malam untuk kali terakhir sebelum kami berpindah rumah. pindah rumah?? okay, itu aku cerita nanti. dah siap simple2, alih alih encik suami tak jadi bawak aku ke pasar malam. nak ke bandar baru bangi katanya nak cari pendrive. cari pendrive pula kat bangi gateway. huhuhu. percaya satos patos! 

aku hanya membontoti dia. entah ke mana nak di bawa aku dan anak ni. cari pendrive je pun. boleh pergi sorang2 je. haish, perut lapar ni. insyirah pun semestinya lapar. last last dia bawak kami ke "Toyyiban Sushi"!! katanya, nak tunaikan hajat seseorang. maka, aku lah itu! hahaha tergelak besar aku. mana dia dapat tahu aku teringin nak sushi entah. aku syak, dia terbaca whatsapp sahabat aku tu. hai... untung.... untung.... 

memandangkan, kami dedua tak pernah makan sushi, kami tak tahu nak order apa. last, dorang yang pilih menu untuk kami. 


pertama, untuk insyirah, kami order nasi + sup + salmon grill. banyak juga insyirah makan. kejap aku yang suap dia. kejap suami yang suapkan dia. sambil layan chu chu tv. okay, di sebabkan aku dah biasa suap insyirah guna tangan, so kami bersushi guna tangan juga. lantaklah korang nak guna chopstick ke apa ke, yang penting sushi masuk mulut dan kenyang. sebab masa aku suap sushi guna tangan tu, ada la beberapa orang duk pandang2 kami. hahaaaa.. 

kedua, yang ni aku tak ingat apa nama dia. yang penting yang ni sedap! ada udang lagi.

ketiga, ini fried sushi.

keempat, ini korean noodle (korean ramen). sedap jugak!!! suami kata, inilah makanan Naruto!. tetiba masa suap ke mulut aku seperti feeling2 makan ramen bersama Naruto! hahaa

Nampak sikit je benda ni, tapi bila dah masuk semua, boleh kenyang tau. alhamdulillah, merasa juga sushi. korang yang minat sushi, boleh la intai intai "toyyiban sushi" ni ye. yang penting "Halal".
untuk suami, terima kasih sebab tunaikan hajat isterimu.

:)

Tuesday, 29 December 2015

Kenapa Insyirah Solehah?

Bismillah.
Assalamualaikum sahabat sekalian..

Insyirah Solehah. ya. ada apa dengan nama seindah ini ye?? okay, ini bukan nama sebenar aku. mari aku perkenalkan siapa aku (walau tiada orang ingin mengenali ku). Nama ku Sofiah. indah bukan nama ini. nama isteri Nabi s.a.w menjadi pilihan kedua orang ibu bapa ku tercinta.

"mak, kenapa ayah pilih nama (sofiah) ni?" menurut mak, ayah pilih nama ini bersempena nama ibu nya yakni nenek aku. nama beliau juga sama seperti aku. menurut mak juga, arwah nenek meninggal dunia selepas melahirkan ayah. sedih bukan. tak lama kemudian, arwah atok aku (bapa ayah) pula pergi meninggalkan ayah. jadinya, ayah anak tunggal dan yatim piatu. tabah sungguh ayah mengahrungi hidup ini tanpa cinta kasih sayang kedua orang ibu ayah yang dikasihi. Pun begitu, ayah dikurniakan raaaaaamai anak. 9 orang semuanya. begitulah, apa yang kita tiada, Allah gantikan dengan yang lain. Alhamdulillah. begitulah flashback aku. 
al fatihah untuk kedua atok dan nenek ku.

Berbalik pada cerita tadi, aku mula berblog ni pun asalnya sebab suami. disebabkan dia bekerja, jadi aku sensorang kat rumah tak ada buat apa apa aktiviti, so dia cadangkan aku menulis blog. boleh jugalah aku asah bakat menulis. walaupun terrrrlalu banyak kekurangan dalam penulisan, insyaAllah... ada usaha, berjaya!

Cadangan suami itu aku sahut. sebab aku memang suka menulis. pada masa tu aku mengandung. jadi mood orang mengandung ni tahu tahu jela kan.. selepas bersalin anak pertama aku, barulah aku rasa bersemangat nak mula menulis blog. Nama blog aku juga bersempena nama anak perempuanku. Nur Insyirah. tambahan "solehah" tersebut merupakan doa aku untuknya. agar terus kekal menjadi anak solehah. lagipun aku selalu dengar orang kata, doakan anak yang baik baik, insyaAllah baiklah dia. nama ini sudah melekat di blog, insyaAllah mudah mudahan keluar perkara yang baik dan bermanfaat sahaja.

aku masih baru dalam dunia blog ini, masih banyak yang aku tak tahu dan masih belajar. Maaf, andai aku tak pandai menulis. mohon agar diberi tunjuk ajar kepada penulis kerdil ini. maaf juga atas penggunaan bahasa "aku" kepada yang lebih dewasa. bukan apa, aku rasa ia lebih kena dengan jiwa aku. rasanya seperti aku sedang menulis diari pula. hihihi.

Apa pun, aku berharap agar dengan tulisan ini akan dapat sesuatu yang baik dan bermanfaat untuk diri dan pembaca. semoga aku dan kalian juga soleh dan solehah. Amin.

=)

Wordless #2


=)

Wednesday, 23 December 2015

Wordless #1


:')

Bagus juga ada apps "Blogger"

Assalamualaikum..
Hai!

Apa yang bagus sangat tu? Nak cerita sikit je ni, pasal apps yang ada di play store iaitu apps untuk para blogger yang rajin update entry nya tak kira di mana jua.

Senang je sekarang ni kalau nak update blog. Ada hanphone, ada android, search di play store anda "blogger" dan install dengan yakin.

Simple !


mungkin semua orang sudah tahu,
tapi aku nak share jugak.

:')

Kata-kata positif

Assalamualaikum...


tenangkan diri sendiri dengan kata-kata
yang positif.
ini sangat membantu.
adakala aku serabut entah kenapa,
aku ceritakan serba sedikit pada suami bagi meringankan fikiran.
apa yang bagus tu, dia tak salahkan orang lain,
tapi cuba memberi solusi dengan memberi kata-kata positif pada aku.
kesannya, ya.

"bersangka baik"


usaha, doa, tawakal & redha

Assalamualaikum....

jadual study untuk final exam 2012-2013

siap susun cantik je jadual study. menjelang final exam, inilah kerja aku, buat jadual.
aku suka buat jadual study macam ni, memudahkankan untuk aku study satu persatu mengikut tarikh yang disediakan. jadual ni aku mesti ikut. gigih betul. usaha tu penting, niat kena betul. dan natijahnya nanti InsyaAllah cemerlang.

::.Usaha Doa Tawakal Redha.::


tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula...

Assalamualaikum...


Ini tempat belajar aku ketika diploma.
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor.
Diploma bermula 2007-2010.



Gambar ini pula ketika aku degree di IPTA.
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Degree bermula 2010-2013.


sedang merindui zaman belajar....


sebelum tidur, maafkan mereka


mata belum terasa ingin tidur.
kerna jari ingin menukilkan sesuatu.
pesan aku pada diri ku
dan buat kalian,
sebelum lelapkan mata,
muhasabah seketika
maafkan kesalahan orang terhadap kita
semoga Allah melembutkan hati-hati mereka untuk memaafkan kita.

Sahabat, itu kamu!


rezeki Allah yang bagi




Teringin nak ada itu dan ada ini. duit tak cukup. Tapi Allah maha tahu, maha mendengar,
Dia adakan jua untuk kita.

Namun, bukan dengan cara kita ada duit, lalu kita beli apa yang kita mahu. tapi dengan cara, Allah takdirkan seseorang untuk memberi tanpa kita meminta minta.

Allah..
Sungguh Engkau maha tahu hati hambaMu

:)

Tenang

Bismillah.


Tuesday, 22 December 2015

Biar Cinta Kita diredhai Allah

Bismillah...


Cita-cita kita
agar cinta sampai ke Syurga.
Di dunia bersama mu,
di Syurga bersama mu jua.
moga-moga.

Namun,
ia bukan sekadar cakap-cakap sahaja.
ia disertai dengan amanah dan tanggungjawab yang sangat besar.
aku sebagai isterimu dan ummi kepada anak soleh solehah mu.
dikau sebagai suami ku, abi kepada anak soleh solehahmu, anak soleh bagi kedua ibu bapa mu dan dikau juga pemimpin kami dunya wal akhirah.

Ini keluarga kecil kita
yang akan terus berkembang meramaikan ummat Rasulullah s.a.w.
biar cinta kita diredhai Allah
serta zuriat keturunan kita.

:)

Monday, 21 December 2015

Hampir 1 tahun anak ummi

Bismillah...


alhamdulillah.. alhamdulillah.. alhamdulillah... tak ada yang dapat menggantikan rasa syukur melainkan ke hadrat Allah s.w.t. di kurniakan suami soleh, dikurniakan anak yang solehah ini. sangat bersyukur dan kehadiran mereka mewarnai hidupku.

walaupun adakalanya emosi aku melayani kalian ada pasang surutnya namun, percayalah.. aku sangat menghargai kalian dan sayang kalian seluruh jiwa raga ku.

Nur Insyirah hampir menjengah ke 1 tahun. jadi aku cadang nak buat majlis untuk anak aku. ala majlis kami anak beranak aje. di samping meraikan hari kelahirannya. 25 dec 2015 ini, insyaAllah...

jadi, sekarang aku blurrr sangat. nak buat apa ye? kek kah? biskut kah? ayam penyet kah?? asam pedas kah?? hahhaaa blurrr....


p/s: untuk anda yang terbaca entri ni, bolehlah bagi serba sedikit idea makanan untuk sambut hari kelahiran anak ku 1 tahun.

sekian
;)

Friday, 11 December 2015

End Year Giveaway by seindahcerita

Bismillah..

 end year giveaway by seindahcerita

jom jom jom...! meriahkan GA by seindahcerita ini..
semoga diperluaskan ukhuwah sesama kita...

:)



Amy Hilmirda Giveaway 2015

Bismillah...

 Amy Hilmirda Giveaway 2015


TARIKH TUTUP : 31 DISEMBER, 2015.

Tuesday, 8 December 2015

wanita

Bismillah...


wanita,
itu ibu mu
itu isteri mu
itu anak mu
itu kakak mu
itu adik mu
itu saudara mu
itu lah dia wanita
jaga, lindungi, sayangi, cintai dia
kerana Dia.

***
ingin jadi wanita solehah itu adalah cita-cita.
InsyaAllah.
Aminn.


dilukis oleh seorang sahabat
semoga sentiasa berada dalam jagaan Allah


:)


Giveaway Disember 2015 Cash RM500

Bismillah...


Hadiah :
RM100 Top Referral
RM50 x 8

Tarikh Mula : 1 Dis - 15 Dis 2015 : Tarikh Tamat


Monday, 7 December 2015

Pencarian Blog Terkemas 2015!

Hi Guys! Om buat lagi segmen. Nak tahu Apa yang lain? Mari kita check apa yang lain.

Click Gambar untuk Join Tau!!

Pencarian Blog Terkemas 2015 aku adakan untuk mencari blog yang paling paling sangat kemas. Kemas dan cantik, sedap mata memandang bila jengah belog korang. Sambil sambil tu boleh promote belog korang dan juga blogwalking sesama blogger.


Haaa apa tunggu lagi, jom join. Hadiah adalah rahsia, Goodluck!


kita tag awak...

Khoirun Annisyak
Kejupenyet



Thursday, 3 December 2015

ciko kesayanganku

Assalamualaikum

nak bagitau dulu, ini entry pasal kucing.
ada peminat kucing kat sini???
meh baca...

Beberapa hari kebelakangan ni entah mengapa aku terasa rindu pada si ciko. mungkin sebab tetiba aku tertengok gambar gambar dia yang pernah dipost di Fb, mungkin. Perkenalkan... kucing aku ni nama dia ciko. bunyi nama macam kucing jantan kan. tapi, tak... ini kucing betina. tak ingat pula sejarah bagi nama macam tu kat kucing ni. betul, aku lupa. sejak sejak dah ada anak ni, makin menjadi jadi pula penyakit lupa aku. serius. Blurrrrrr. ini kucing kampung, biasa biasa aje. begitulah kecomelan dorang. tak macam baka kucing lain yang gebu gebas tu. ciptaan Allah, semua indah, semua comel.

belanja satu gambar di posing atas bantal aku.
sedap je dia baring tak minta izin tuan.

Pada mulanya, ciko ni ayah aku yang jumpa dia. jumpa pula betul betul tengah jalan raya atas highway pula tuh. owh.. nasib menyebelahimu sayang. Allah takdirkan seseorang untuk menjagamu hingga kini. yang sangat sayu tu, ayah kata ketika ayah dalam perjalanan pulang dari kedai, ayah nampak seperti benda yang sedang bergolek golek di atas jalan. rupanya, anak kucing yang masih baby. mata pun belum boleh celik. kasihan dia. agaknya mungkin ada orang tercicir anak kucing ni. atau mungkin ada orang nak buang anak kucing ni. andaian demi andaian... tak selesaikan masalah juga. tapi tolonglah....kepada sesapa yang tak suka dan tak gemar kucing, tolonglah jangan aniaya atau korang dera atau korang sakiti kucing tersebut. jantung aku nak terkeluar bila tahu ada orang yang buat kejam kat kucing kucing ni.

merenung ke luar jendela...... 

okay, sebab ayah aku pun dah bawak kucing ni balik ke rumah. so kucing ini aku yang punya. hahaaaa.. seronok kenmain lagi tau. dapat kucing macam dapat baby pula. almaklumlah, aku bujang masa tu. study pun belum habis lagi. Seingat aku time tu aku cuti semester. jom menimang kucing... yeayyyyyy!!!!

ciko masih baby masa ni..

tapi kan... aku tak pernah jaga anak kucing yang masih baby. tanpa ibu kucing pulak tu. takpelah, buat buat tahu sudah. mulanya, mata dia agak bertahi la sikit. so aku cuci dengan kain lembut basahkan dengan air sikit. lap perlahan-lahan kawasan mata tu. sebab kami tak bersedia untuk menimang si baby ciko ni, aku hanya bagi dia susu cair tambah air sikit. caranya agak kelakar dan tak terpikir dek akal. tapi aku buat juga. sebab kesianla dia kan takde ibu. mesti lapar yang amat sangat. di sebabkan dia lapar, so dia asyik mengiau je. adik adik aku malas dah nak layan dia. tapi aku punya simpati tu tinggi, aku suap dia susu tadi sikit sikit. hanya itu cara yang ada. hmmmm kesian awak ciko...

comell....

kebetulan, esoknya aku balik ke ukm, amat berat hati nak tinggalkan ciko. aku siap pesan kat adik adik dan mak, minta dorang jaga dia betul betul. dua tiga hari lepas tu mak call bagitahu ciko dah boleh buka mata! sambil boleh jalan tapi tergetar getar lagi la. yang kelakar tu, mak kata kalau ciko berak, dia akan membuang kat mana mana aje dia suka. tempat yang dia suka, dalam baldi. tempat dia tidur. sebab kami masa tu takde tempat special untuk ciko. dalam baldi tu kalau busuk semacam, maka adalah tu hasil emas ciko!hahaaa.. senang je cara nak bersihkan ciko. mak akan bagi mandi ciko tak kira malam atau siang. so, dengan air ciko memang takde masalah. dia sangat suka air.

kucing warna putih hitam ni kucing rumah aku juga. nama dia "mole"
betina. garang sangat. tapi dia sayang sangat kat ciko.
selalu manja manja, bersihkan bulu ciko.
caring dia ni. tapi sayang... sampai sekarang
belum ada anak lagi.....

ciko dan mole


bermain bersama mole...

masa berlalu pantas. kadang ciko ceria, kadang moody, kadang tak sihat. masa ciko tak sihat, aku ingat lagi, dia cirit birit, itulah kali pertama aku bawa kucing ke klinik veterinar. nampak tak sayang nya macam mana? kesian, kena cucuk kat peha. mengiau sakan dia... 


sekarang, ciko dah jadi ibuuu... kali pertama bunting, dapat 3 ekor baby. malangnya semua mati. aku tak ingat mati sebab apa. kali kedua bunting, dapat tiga ekor baby juga. dua jantan, seekor betina. alhamdulillah... dah besar sekarang ni. mak kata, anak nya manja sama macam ciko. kadang tu, mak tinggal sorang kat rumah, jadi anak anak bulus nila buat peneman mak. ihiks.. rindu dorang...

ini anak bunting kali pertama, sekor dah mati.
sempat snap yang ni je..sedih...

inilah dia ciko, kucing yang aku sayang sangat. sekarang ni aku jarang balik kampung. jarang jumpa dia. tapi sayangku tetap sama padamu. jangan kecil hati sebab aku jarang jumpa kau. aku tahu kau pun mesti rindu nak bermanja dengan aku, tidur dengan aku. rebut rebut katil dengan aku, rindu aku bagi makan kau. kau ni kucing baik. tak nakal. malah menghiburkan aku. terima kasih hadir dalam hidup aku, ciko. aku sayang kau. ingat tu. (andai dia tahu aku tulis ini.......) kalau dia tahu aku tak payah tulis sini kan. aku bagitau dia terus. hidung bertemu hidung dengan dia..hahaaaa.. kucing punya pasal. 

sayang ciko.

pasti ada hikmahnya



aku percaya, semua ini pasti ada hikmahnya.
 sabar... tapi nak sabar bukan senang. hati kena sado.
merintih pada manusia tak beri apa-apa.
merintih, mengadu padaNya
tenang pasti kan dapat.

baik-baik sahaja


Assalamualaikum...




"InsyaAllah... Baik-baik sahaja ye.. :)"

Wednesday, 2 December 2015

Segmen December Award & School Holiday Contest By Izzat Azhar

Hi Guys! Segmen Monthly Award by Izzat Azhar datang lagi, tapi kali ni ada sedikit kelainan. Apa yang lain? Mari kita check apa yang lain.

Click Gambar untuk Join!!

Segmen December Award ni agak berbeza dengan previous monthly award which is November Award sebabnya, kali ni Segmen ini besertakan dengan Contest dan bila sebut contest mesti ada hadiah kan dan hadiah hadiah yang ditawarkan oleh para para sponsor boleh dikatakan agak lumayan.


Haaa kan. Banyak jugak Hadiah yang ditawarkan kan? So apa lagi. Jom join bantu member sama member. Sambil tu boleh cuba cuba nasib kan. Mana tahu kut kut melekat satu hadiah tu. Untung! So yeah, Goodluck!