Thursday, 3 December 2015

ciko kesayanganku

Assalamualaikum

nak bagitau dulu, ini entry pasal kucing.
ada peminat kucing kat sini???
meh baca...

Beberapa hari kebelakangan ni entah mengapa aku terasa rindu pada si ciko. mungkin sebab tetiba aku tertengok gambar gambar dia yang pernah dipost di Fb, mungkin. Perkenalkan... kucing aku ni nama dia ciko. bunyi nama macam kucing jantan kan. tapi, tak... ini kucing betina. tak ingat pula sejarah bagi nama macam tu kat kucing ni. betul, aku lupa. sejak sejak dah ada anak ni, makin menjadi jadi pula penyakit lupa aku. serius. Blurrrrrr. ini kucing kampung, biasa biasa aje. begitulah kecomelan dorang. tak macam baka kucing lain yang gebu gebas tu. ciptaan Allah, semua indah, semua comel.

belanja satu gambar di posing atas bantal aku.
sedap je dia baring tak minta izin tuan.

Pada mulanya, ciko ni ayah aku yang jumpa dia. jumpa pula betul betul tengah jalan raya atas highway pula tuh. owh.. nasib menyebelahimu sayang. Allah takdirkan seseorang untuk menjagamu hingga kini. yang sangat sayu tu, ayah kata ketika ayah dalam perjalanan pulang dari kedai, ayah nampak seperti benda yang sedang bergolek golek di atas jalan. rupanya, anak kucing yang masih baby. mata pun belum boleh celik. kasihan dia. agaknya mungkin ada orang tercicir anak kucing ni. atau mungkin ada orang nak buang anak kucing ni. andaian demi andaian... tak selesaikan masalah juga. tapi tolonglah....kepada sesapa yang tak suka dan tak gemar kucing, tolonglah jangan aniaya atau korang dera atau korang sakiti kucing tersebut. jantung aku nak terkeluar bila tahu ada orang yang buat kejam kat kucing kucing ni.

merenung ke luar jendela...... 

okay, sebab ayah aku pun dah bawak kucing ni balik ke rumah. so kucing ini aku yang punya. hahaaaa.. seronok kenmain lagi tau. dapat kucing macam dapat baby pula. almaklumlah, aku bujang masa tu. study pun belum habis lagi. Seingat aku time tu aku cuti semester. jom menimang kucing... yeayyyyyy!!!!

ciko masih baby masa ni..

tapi kan... aku tak pernah jaga anak kucing yang masih baby. tanpa ibu kucing pulak tu. takpelah, buat buat tahu sudah. mulanya, mata dia agak bertahi la sikit. so aku cuci dengan kain lembut basahkan dengan air sikit. lap perlahan-lahan kawasan mata tu. sebab kami tak bersedia untuk menimang si baby ciko ni, aku hanya bagi dia susu cair tambah air sikit. caranya agak kelakar dan tak terpikir dek akal. tapi aku buat juga. sebab kesianla dia kan takde ibu. mesti lapar yang amat sangat. di sebabkan dia lapar, so dia asyik mengiau je. adik adik aku malas dah nak layan dia. tapi aku punya simpati tu tinggi, aku suap dia susu tadi sikit sikit. hanya itu cara yang ada. hmmmm kesian awak ciko...

comell....

kebetulan, esoknya aku balik ke ukm, amat berat hati nak tinggalkan ciko. aku siap pesan kat adik adik dan mak, minta dorang jaga dia betul betul. dua tiga hari lepas tu mak call bagitahu ciko dah boleh buka mata! sambil boleh jalan tapi tergetar getar lagi la. yang kelakar tu, mak kata kalau ciko berak, dia akan membuang kat mana mana aje dia suka. tempat yang dia suka, dalam baldi. tempat dia tidur. sebab kami masa tu takde tempat special untuk ciko. dalam baldi tu kalau busuk semacam, maka adalah tu hasil emas ciko!hahaaa.. senang je cara nak bersihkan ciko. mak akan bagi mandi ciko tak kira malam atau siang. so, dengan air ciko memang takde masalah. dia sangat suka air.

kucing warna putih hitam ni kucing rumah aku juga. nama dia "mole"
betina. garang sangat. tapi dia sayang sangat kat ciko.
selalu manja manja, bersihkan bulu ciko.
caring dia ni. tapi sayang... sampai sekarang
belum ada anak lagi.....

ciko dan mole


bermain bersama mole...

masa berlalu pantas. kadang ciko ceria, kadang moody, kadang tak sihat. masa ciko tak sihat, aku ingat lagi, dia cirit birit, itulah kali pertama aku bawa kucing ke klinik veterinar. nampak tak sayang nya macam mana? kesian, kena cucuk kat peha. mengiau sakan dia... 


sekarang, ciko dah jadi ibuuu... kali pertama bunting, dapat 3 ekor baby. malangnya semua mati. aku tak ingat mati sebab apa. kali kedua bunting, dapat tiga ekor baby juga. dua jantan, seekor betina. alhamdulillah... dah besar sekarang ni. mak kata, anak nya manja sama macam ciko. kadang tu, mak tinggal sorang kat rumah, jadi anak anak bulus nila buat peneman mak. ihiks.. rindu dorang...

ini anak bunting kali pertama, sekor dah mati.
sempat snap yang ni je..sedih...

inilah dia ciko, kucing yang aku sayang sangat. sekarang ni aku jarang balik kampung. jarang jumpa dia. tapi sayangku tetap sama padamu. jangan kecil hati sebab aku jarang jumpa kau. aku tahu kau pun mesti rindu nak bermanja dengan aku, tidur dengan aku. rebut rebut katil dengan aku, rindu aku bagi makan kau. kau ni kucing baik. tak nakal. malah menghiburkan aku. terima kasih hadir dalam hidup aku, ciko. aku sayang kau. ingat tu. (andai dia tahu aku tulis ini.......) kalau dia tahu aku tak payah tulis sini kan. aku bagitau dia terus. hidung bertemu hidung dengan dia..hahaaaa.. kucing punya pasal. 

sayang ciko.

1 comment:

  1. Alhamdulillah moga setiap kebaikkan ganjaran pahala berpanjangan ya..amin..PC suka kucing...

    ReplyDelete