Tuesday, 29 December 2015

Kenapa Insyirah Solehah?

Bismillah.
Assalamualaikum sahabat sekalian..

Insyirah Solehah. ya. ada apa dengan nama seindah ini ye?? okay, ini bukan nama sebenar aku. mari aku perkenalkan siapa aku (walau tiada orang ingin mengenali ku). Nama ku Sofiah. indah bukan nama ini. nama isteri Nabi s.a.w menjadi pilihan kedua orang ibu bapa ku tercinta.

"mak, kenapa ayah pilih nama (sofiah) ni?" menurut mak, ayah pilih nama ini bersempena nama ibu nya yakni nenek aku. nama beliau juga sama seperti aku. menurut mak juga, arwah nenek meninggal dunia selepas melahirkan ayah. sedih bukan. tak lama kemudian, arwah atok aku (bapa ayah) pula pergi meninggalkan ayah. jadinya, ayah anak tunggal dan yatim piatu. tabah sungguh ayah mengahrungi hidup ini tanpa cinta kasih sayang kedua orang ibu ayah yang dikasihi. Pun begitu, ayah dikurniakan raaaaaamai anak. 9 orang semuanya. begitulah, apa yang kita tiada, Allah gantikan dengan yang lain. Alhamdulillah. begitulah flashback aku. 
al fatihah untuk kedua atok dan nenek ku.

Berbalik pada cerita tadi, aku mula berblog ni pun asalnya sebab suami. disebabkan dia bekerja, jadi aku sensorang kat rumah tak ada buat apa apa aktiviti, so dia cadangkan aku menulis blog. boleh jugalah aku asah bakat menulis. walaupun terrrrlalu banyak kekurangan dalam penulisan, insyaAllah... ada usaha, berjaya!

Cadangan suami itu aku sahut. sebab aku memang suka menulis. pada masa tu aku mengandung. jadi mood orang mengandung ni tahu tahu jela kan.. selepas bersalin anak pertama aku, barulah aku rasa bersemangat nak mula menulis blog. Nama blog aku juga bersempena nama anak perempuanku. Nur Insyirah. tambahan "solehah" tersebut merupakan doa aku untuknya. agar terus kekal menjadi anak solehah. lagipun aku selalu dengar orang kata, doakan anak yang baik baik, insyaAllah baiklah dia. nama ini sudah melekat di blog, insyaAllah mudah mudahan keluar perkara yang baik dan bermanfaat sahaja.

aku masih baru dalam dunia blog ini, masih banyak yang aku tak tahu dan masih belajar. Maaf, andai aku tak pandai menulis. mohon agar diberi tunjuk ajar kepada penulis kerdil ini. maaf juga atas penggunaan bahasa "aku" kepada yang lebih dewasa. bukan apa, aku rasa ia lebih kena dengan jiwa aku. rasanya seperti aku sedang menulis diari pula. hihihi.

Apa pun, aku berharap agar dengan tulisan ini akan dapat sesuatu yang baik dan bermanfaat untuk diri dan pembaca. semoga aku dan kalian juga soleh dan solehah. Amin.

=)

No comments:

Post a Comment