Saturday, 30 January 2016

Bila nur insyirah tak sihat

Bismillah..
Assalamualaikum...

Sudah 2 hari nur insyirah tak sihat. Kelmarin aku terima berita kak biras aku nak bersalin dah, jadi ummi aku ajaklah kami ke hospital untuk hantar beg pakaian yang terisi baju-baju comel bakal khalifah yang akan lahir hari itu. teruja. sebab dapat lagi seorang anak saudara.

kak biras sudah pun dimasukkan ke labour room. sudah 8cm bukaan katanya, namun belum lagi mahu bersalin. Allah. saat itu aku juga turut merasainya. ketika bersalinkan nur insyirah, bukaan 5cm, terus aku dimasukkan ke labour room bersama suami di sisi. Allah. sungguh tenang dia, namun nampak sedikit kerisauan serta cahaya gembira terpancar di wajahnya. Seronok tak terkata, bila suami juga dapat temankan isteri bersalin. sebab itu adalah saat-saat genting si isteri untuk berjuang melahirkan zuriat suami terchenta. contraction Allah sahaja yang tahu betapa ia sangat-sangat sakit. zikir doa sudah tunggang terbalik aku baca, tapi dalam hati ingat Allah sahaja. suami di sisi turut memberikan kata-kata semangat. akhirnya, perjuangan selama beberapa jam bermula waktu zohor sehingga waktu maghrib, lahirlah puteri solehah bakal penghuni syurga Allah. alhamdulillah, syukur yang amat sangat. Terima kasih buat suami kerana turut bersama aku dalam perjuangan ini.

kembali pada cerita asal. ketika dalam perjalan ke hospital, nur insyirah tiba-tiba sahaja batuk. beberapa kali batuk kemudian muntah keluar membuak-buak. muntah susu dan makanan yang dia makan. Allah. dah lama tak tengok dia muntah macam ni. dulu muntah muak aja. biasala baby. ini bukan main banyak lagi. Allah.... kenapa ni nakk... risau tahu hati ummi ni... aku lap-lap mulut dia, baju dan tudung aku juga turut terkena dan berbau muntah. tak mengapa. muntah anak kann.. patutlah aku nak suap biskut dia tak mahu dan tolak mentah-mentah, padahal anak aku ni jenis kuat makan. kecuali bila dia tak sihat. mood makan langsung tenggelam.

sewaktu menunggu kak biras di hospital pun insyirah muntah lagi. membuak-buak. aku makin risau. aku teringat semula apa yang dia dah makan hari tu. nasi kurang, biskut dia makan banyak. hmmmm muntah pun banyak keluar susu je. dia semakin lesu dan merengek-rengek. kata ummi aku, kena bawa pergi klinik ni.

mulanya kami ke hospital pakar, memandangkan waktu itu klinik biasa dah tutup. kata doktor di situ kemungkinan ada kuman dalam perut insyirah. aku tergamam. dia juga minta kami rujuk hospital kerajaan. dengan penuh kerisauan, aku diam. kami balik rumah dahulu dan tanya pendapat ummi. kata ummi elok tunggu esok sahaja. esoknya, insyirah cirit-birit, hijau dan badannya agak panas. kami terus ke klinik pakar kanak-kanak. sebab kami dah biasa bawa insyirah ke situ. kata doktor, insyirah terkena cirit-birit. biasanya dia akan muntah dahulu. kemungkinan juga insyirah ada kutip benda dan masuk mulut. kuman di mana-mana. aku sedikit lega. dapat ubat dan kami terus balik.

bermulalah sesi suap ubat ke mulut anak. mencabar sungguh nak makan ubat. ubat sedap pun menjerit sakan. hahahaaa. alhamdulillah, deman, cirit dua hari. hari ni, nampak dah beransur sihat. tapi macam biasalah, melekat dengan aku dan suami macam gam. takpalah anak oi... asalkan kamu sihat, ceria dan solehah ye.

benda yang akan aku ingat sangat, bila nur insyirah tak sihat abi insyirah antara orang yang sangat risau. masa insyirah tak sihat, abi dia lah yang jaga dia. sebab? anak bapak... bila insyirah merengek-rengek, dia hanya nak ke abi nya sahaja. walaupun ketika itu abi nya tak berapa sihat, tapi dialah orang yang akan bangun malam untuk dodoi anak, basuh berak anak, bagi mandi anak, bagi makan anak dan dia juga antara orang yang paling power pujuk anak. Allah.. mungkin 1 dalam sejuta suami yang macam ni. ececeh... puji suami sendiri pulaks.. hiks. bukan puji, tapi kagum. Alhamdulillah..

Itu saja aku nak kongsi. pasal anak. kerana dia separuh dari jiwa aku. aku mahu lihat dia tersenyum gembira untuk hidup ini, sihat dan kekal selamanya solehah. moga-moga.

imbas semula ketika usia 10 bulan.. sudah boleh berjalan... alhamdulillah.
sekarang sudah 1 tahun sebulan. macam-macam karenah dan ragam anak bijak ini. suka panjat tangga! tapi tak reti turun.. hahahaaa



No comments:

Post a Comment