Monday, 11 January 2016

Bukan senang nak hadapi

Entahlah.
hidup ini tiba-tiba saja gelap bagi aku
suram dan muram
bosan mulai terasa
lidah kelu
pandangan aku sasarkan jauh entah ke mana

melihat mereka aku tiada rasa
mahu senyum kah
mahu ketawa kah
mahu menangis kah
serba aku tidak tahu.
buntu...

mengeluh panjang di setiap hari aku lalui kini
hebat penangan dalam perubahan hidup serba baru ini
ada ramai manusia di sini
tapi aku hambar menyapa mereka
apa yang aku mahu???
tak mengerti aku akan diri sendiri.

jalan bersilih ganti
masalah datang dan pergi
umur meningkat tinggi
janganlah leka wahai diri,
ingat, mati itu pasti!

mati.
menginsafkan aku.
banyak amal ku tak ku lunasi.
kerana sibuk aku menguruskan duniawi
akhirat aku bagaimanakah nanti...?

diri aku tenggelam dalam emosi sendiri
mencari apa yang tak pasti
berdoa agar ada sinar menerangi
malam menjadi cerah
siang menjadi indah

moga apa yang aku lalui hari ini
takkan menggoyahkan aku
jika ia berulang kembali
saat itu, aku ingat susahnya, peritnya, sukarnya
mencari kehidupan hari ini.

aku hanya perlu tahu "menghargai".

No comments:

Post a Comment