Wednesday, 6 January 2016

Perangai 1 tahun!

Bismillah.

Alhamdulillah... syukur. Nur Insyirah genap 1 tahun pada 25 disember yang lepas. Kebetulan masa hari lahir insyirah kena pula cuti christmas, jadi kami sekeluarga habiskan cuti di rumah Nyai (nenek insyirah) merangkap emak mertua aku. Emak mertua yang terbaik bagi aku. Di sana kami tak de lah sambut pun hari lahir insyirah, cuma rai kan ala kadar je. Nyai insyirah buatkan satu jenis kuih bakar kentang untuk insyirah. Sedap! Insyirah pun berkali2 minta suapkan. Nampak je pak sedara dia suap makanan, sepantas kilat insyirah meluru dapatkan makanan tersebut. walhal, insyirah sangat sukar didekati. namun, disebabkan makanan, dia sanggup relakan jua. hihihi anak.. anak..

29 disember yang lepas, anak aku ni dah pun kena cucuk setahun. insyirah hanya menangis saat ditimbang, diukur panjangnya, diukur lilit kepalanya dan saat dicucuk. masa nurse cucuk tu suami tak de pula, hmmm agak menggelupur jugak insyirah. sekejap je menangis. lepas tu, happy...

sehari selepas cucuk tu, aku nampak anak aku tak bermaya sikit, lemah, kurang selera makan. dua hari selepas cucuk barulah simptom demam datang. Allah.. masa nih la aku tak kuat! anak tak sihat, umminya pun turut merasai. suhu dia aku selalu check. kejap turun kejap naik. sambil2 tu lap lap tapak kaki, belakang lutut, ketiak, leher dan kepala dengan kain basah. yang tak best tu setiap kali aku nak letak kain basah atas dahi dia, mesti dia akan tepis. sabar jelah..

demam selama 2 hari dan beransur sihat. tapi berkahak pula. aku perasan bila dia tidur, bunyi macam orang berdengkur. kuat. aku syak ianya kahak. yes, betul ia kahak. semalam pergi klinik pakar kanak kanak, doktor cina tu baik sangat dan dia tahu perangai@jenis baby yang friendly ataupun jenis tak nak kat orang lain selain mak pak dia. naseblah.

sejak dah setahun ni, macam macam pula karenah nur insyirah. pusing kepala aku di buatnya. di sebabkan dia tak sihat, boleh katakan setiap masa meragam. setiap masa nak berdukung, melekat 24 jam. drama air mata je siang malam. apa aku buat untuk dia jadi serba tak kena untuknya. makan pula, aku suap di tolak tolak. dahla aku risau sebab tak sihat, pastu nasi tak nak makan pula. tapi biskut dia tak pernah tolak. alhamdulillah. air masak langsung dia tak nak. guna straw pun sikit je minum. walaupun begitu, nur insyirah kuat menyusu. bila dah start menyusu macam tak nak lepas lepas pula tu. sakit juga pinggang ni. demi anak. apa pun boleh. tapi kalau sakit, ngadu kat suami!

satu lagi perangai dia baru baru ni, dengan semua orang dia tak mahu. cubalah nak dukung, acah acah, main sama sama, kompom dia berlari dapatkan aku. seolah olah orang lain tu beri ancaman pada dia. maaflah Nyai, Atok dan pak pak mak mak sedara semua ye, sebab buat masa ni, insyirah kurang sihat, dan perangai dia pula tak dapat dijangka. aku beruntung, ada suami yang memahami aku. faham keadaan aku. bila dia tengok aku keletihan menjaga anak, dia akan ambil alih pula. so, masa tu aku bolehlah rehatkan badan, betulkan urat yang bersimpul, mandi, wangi wangi, dan update blog.hehee.

betul. rupanya membesarkan anak bukanlah satu kerja yang mudah. sekarang baru faham susah payah mak ayah besarkan aku. kini, aku merasainya. biarpun ianya susah dan mencabar, tapi kerja ini sangat mulia. memanglah manusia biasa akan mengeluh, bila terasa penat, sakit sana sini dan sebagainya, tapi inilah satu bentuk cara Allah nak tarbiyah aku. cara nak kawal marah, bersabar, menghargai dan paling penting, bersyukur. anak ini satu anugerah. so, kena jaga baik baik.

bila sesekali nur insyirah happy, aku rasa sangat sangat senang hati. terasa semua penat, letih tu pergi berterbangan. walau apa pun, aku harap dia sihat, ceria, dan solehah. *kamulah duhai anak, permata hati ummi abi.

Sayang nur insyirah anak ummi.

nur insyirah umur 5 hari

2 comments:

  1. Allahu...wahai nur insyirah sayang...apa khabar awak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah, demam dah kebah, cuma berkahak je lagi. aunty PC doa doakan insyirah cepat sihat dan boleh main main dengan gembiranya ye... :)

      Delete