Friday, 1 January 2016

Selesai 3 perkara

Bismillah.

Alhamdulillah, semalam aku dapat selesaikan 3 perkara. walaupun insyirah demam akibat cucuk 1 tahun, proses tersebut berjalan lancar. ada la juga dia merengek rengek, tapi lepas tu dia ok semula. nasib ada suami, pandai pujuk anak.

Tiga perkara yang aku selesaikan semalam taklah besar sangat. saja nak kongsi dan buat koleksi aku.hahaa.

Pertama, dapatkan MyKid nur insyirah. setelah setahun usia insyirah baru sekarang terpanggil nak ambil MyKid dia. kadang tu kalau ke klinik, dorang nak Mykid, terpaksa mengaku "tak ada lagi" sambil senyum sumbing. malu jugaklah. alhamdulillah. walaupun ramai sangat orang kat JPN, bersesak aku tengok orang nak ambil nombor giliran. selesai satu perkara!

Kedua, ini kerja last minit namanya. tempoh sebulan yang diberi untuk kemas kini BRIM 2016, akhirnya, hari terakhir juga aku pilih. nasiblah. sungguh! ramainya orang berkerumun macam semut hurung gula dah LHDN semalam. gamaknya, dorang pun macam aku. pilih tarikh keramat di atas sebab2 tertentu. aku agak je lah.

Ketiga, ini masih belum terlewat untuk aku buat. yakni daftarkan nur insyirah TAWAS (Tabung Warisan Anak Selangor). TAWAS ni hanya untuk anak kelahiran Selangor dan pendaftaran boleh dibuat sebelum anak berumur 3 tahun. selepas anak mencapai umur 18 tahun barulah dapat tabung tawas berjumlah RM1,500.00. bolehla buat simpanan masa depan anak. pada yang belum daftar, cepat cepat okay, pendaftaran tu percuma sahaja. masa daftar tu dorang hanya nak salinan i/c ibu dan bapa kepada anak dan MyKid anak lepas itu korang kena isi borang yang akan dorang beri. mudah sahaja kann..

Alhamdulillah, selesai 3 perkara semalam. punyalah ambil masa nak settlekan semua tu. kerja bertangguh ni memang tak bagus diamalkan. tapi ini aku bukan saja saja nak tangguh, ada sebab2 tertentu yang aku sendiri tak mampu nak elak.

Untuk yang terakhirnya, "Selamat Tahun baru 2016"

=)

No comments:

Post a Comment