Tuesday, 2 February 2016

Seronoknya Mengidam!

Masa mengandungkan nur insyirah dulu, banyak juga makanan yang aku mengidam. boleh katakan semuanya aku dapat. kebanyakannya aku mengidam buah-buahan. Buah pertama yang membuatkan aku teringin sangat nak makan adalah buah setar.

Buah setar. nama lain bagi buah ni aku pun tak tahu. kecur air liur tengok gambar ni. kalau dapat ni mesti makan sambil kenyit-kenyit mata sebab masam! yang membuatkan aku teringin tu sebab termimpi nak makan buah setar. tapi tak sempat makan. bangun tidur terus aku bagitau suami. ada juga cari kat pasar/pasaraya tapi tak jumpa pula. mungkin kat kampung-kampung banyak. kebetulan pula tak lama lepas tu aku balik kampung. adik ipar bagitau kat rumah dia banyak pokok buah setar ni. apa lagi, terus pergi kutip2 penuh satu plastik. mengidam wehh..


Tak lama lepas tu, teringin nak makan buah delima pulak. buah delima senang je nak dapat. tapi tau tau jela mahal dia. beli dua biji dan aku hanya makan separuh je. hilang dah teringin.


kemudian, teringin nak makan buah jambu batu. senang juga nak dapat sebab kedai jeruk pak ali berdekatan je dengan rumah. sambil beli buah bolehla beli asam2, jeruk2.. ummm sedap nye.. aku hanya suka buah jambu batu yang jual di kedai jeruk pak ali je. kedai jeruk pak man ke pak abu ke aku tak nak. hahaaa.. ngada betul. sepanjang mengandung sampailah nak bersalin, buah jambu batu memang menjadi santapan aku. sentiasa ada stock dalam peti ais. tapi kesian kat suami lah, jadi mangsa sebab selalu minta dia belikan.


Sebelum kahwin, mak selalu celur ulam pucuk kaduk. cicah sama sambal belacan. ummmm... memang menaikkan selera makan tengahari aku. terliur. ulam pucuk kaduk salah satu ulam febret aku. tetiba pulak, masa mengandung nur insyirah teringin sangat-sangat nak makan ulam nih. tapi kat sini susah nak dapat. alhamdulillah, akhirnya dapat juga makan pucuk kaduk walaupun sikit tapi oklah buat lepas lidah orang mengidam.


Mengandung kali pertama ni banyak sangat makanan yang aku teringin nak makan. selain yang di atas tu, aku juga teringin nak makan udang cereal yang ummi aku buat. kali pertama rasa sebelum aku mengadung, alih2 mengandung tetiba jadi teringin sangat nak makan sampaikan nak tidur pun terbayang-bayang udang cereal. adoi...seksa nafsu makan makk.. hahaaa


Akhir kehamilan aku, tetiba teringin nak makan kuih apam, macam dalam gambar ihsan dari google ni. Allah... warna dia tu, menarik bukan. aku siap berangan lagi, apam tu masuk dalam mulut, lembut aje. sampai rasa sedih setiap kali minta suami belikan, tapi dia tak jumpa pun kuih apam tu. last2, jumpa juga, tapi aku makan sikit je. 


banyak lagi yang aku teringin, tapi ini kalau dapat alhamdulillah, kalau tak dapat pun tak apa. antaranya, kuih cakoi. kuih cakoi ni sejak kecik lagi aku memang minat. sebab teringin punya pasal, setiap kali ada pasar malam suami akan belikan.


hah, yang ni paling best. mengidam nak makan mempelam. memang jadi kebiasan orang mengandung suka makan yang masam-masam. depan rumah ummi ada pokok pelam epal, setiap hujung minggu memang akan minta kat ummi pelam epal tu. pokoknya lebat dengan buah. geram aku tengok.


masa nak dekat bersalin, aku teringin nak minum air kelapa muda yang isi dia lembik-lembik tu. kalau tengok kat tepi jalan orang yang menjual air kelapa, allah... dah rasa dalam tekak tau. last dapat juga minum air kelapa muda sebelum nak masuk labour room. dapat 3 4 sedut, alhamdulillah.

kadang tu duduk sesaja sambil tengok tv memang akan terasa nak kunyah makanan. agaknya itu sebab orang mengandung nampak comel, sebab banyak makan. emm bukan sebab mengandung aja aku kuat makan, tak mengandung pun mengadap makanan je. sikit-sikit lapar, mungkin juga sebab aku menyusukan nur insyirah. so makan kena cukuplah. makan lewat-lewat buatkan perut masuk angin, sakit kepala dan takdak mood. apapun, pengalaman mengidam sewaktu mengandung sangat indah. rasa nak ulang balik waktu tu. insyaAllah, ada rezeki.. Mudah-mudahan... :)

3 comments:

  1. Alhamdulillah...
    seronoknya org mengidam nie yea...

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah...
    tapi makanan kat atas ni..kalau tak mengandung pun memang dok terlius je tu.. ehehe

    ReplyDelete
  3. btw, awk.. jemput join GA http://belogzeera.blogspot.my/2016/02/giveaway-sugarscarf-bg-zeeralily.html

    ReplyDelete