Saturday, 19 March 2016

Serba tak kena

Assalamualaikum...

aduhhh... terasa lama sangat tak menjengah ke blog sendiri. nak kata sibuk tu taklah sangat. cuma aku sendiri yang entah... hilang diri sendiri, berperang dengan emosi sendiri. tenggelam dan hanyut.... layankan sahaja emosi yang menggila!

Syukur... masih diberikan nyawa. itu bermakna aku masih perlu jalani kehidupan hari ini dan akan datang dengan penuh semangat. tapi aku ni cepat patah semangat, haishh, lembikk!! sebenarnya, aku pun tak faham apa yang sedang aku alami. aku terasa kosong. kosong sangat. bosan segenap ruang minda.  aku kaku tak berlagu. layu sendu. segalanya terasa negatif. hari-hari mendung aku rasakan. mahu ceria, tiba-tiba guruh berdentum kilat sambar-menyambar. owh... aku hilang kawalan.

iya, semua ini ada sebab musababnya. disebaliknya segala musibah yang menimpa, rupanya ada sesuatu yang Allah kirimkan pada aku sekeluarga. kandungan aku mencecah 2 bulan lebih. Allahu.. tak aku sangkakan, aku akan dikurnikan rezeki lagi untuk tahun ini. syukur... semoga kandunganku sihat, selamat sehingga dilahirkan kelak. Nur Insyirah bakal menjadi kakak pula, apalah agaknya reaksi dia nanti. mudah-mudahan baik-baik sahaja.

kisah loya, mabuk, muntah, pening, sakit kepala, ketika mengandungkan Nur Insyirah dulu kini, aku mula rasainya kembali. situasi sama sahaja. makan tak selera. tapi mengidam bagai nak gila! itu nak, ini nak. tak apalah kalau tak susahkan suami kan...

Apa pun, suami dan anak, keluarga sentiasa di sisi. terima kasih kerana sentiasa ada untuk aku. terutamanya suami, dia banyak berikan kata-kata semangat, ceriakan hari-hari aku, tolong uruskan anak untuk aku, buang muntah aku, layankan makan minum aku terutananya bab mengidam. hahaaa. terima kasih untuk setiap pengorbanan Encik Suami. Andai dia tahu, Aku sangat menghargainya. Sungguh.

Hari ni mood baik. kata suami, setiap hari mesti ada sesuatu yang kita buat dan ianya lebih baik dari semalam. kata-kata itu dia selalu sebut. semalam terasa sedikit terjentik dengan kata-katanya. lalu hari ini aku menulis dengan jayanya.

sekian.

1 comment:

  1. apa yg allah takdirkan kita bukan spt apa yg kita fikirkan, semua baik bg Allah penuh dgn rahmahNya... smg sis and kandungan sihat...

    ReplyDelete