Tuesday, 3 July 2018

Kembali

Assalamualaikum...

Amboi-amboi, berapa tahun tak bersiaran nih. Hahaaa. Ada je ni. Alhamdulillah sihat bersama dengan anak anak dan suami. Last aku update 2016 bersama dengan kandungan kedua ku berusia 30 minggu. Laaaa ni, aku update pulak kandungan ketiga aku yang berusia 32 minggu lebih kurang. Apahal setiap kali trimester ketiga je aku rajin pulak nak berblog. Hahaaa.

Anak kedua apa cerita? Dia, alhamdulillah sihat membesar dengan baik. Umur pun 1 tahun 9 bulan. Nurul Kautsar nama diberi. Apasal semua nama surah?? Tak ada jawapan. Sebab bila tanya suami, kita nak letak nama apa ye? Dia bagi nama ni. Aku dengar pun sedap. Makna pun baik baik aje. Membesarkan anak kedua lebih kurang sama je dengan anak sulung. Tapi aku dah ada pengalaman lah serba sedikit top up ilmu sana sini. Ilmu keibu bapaan ni kena lalui baru kita akan tahu macam mana nak membesarkan anak anak. Ye dak?. Nanti aku ceritakan serba sedikit pasal anak kedua ni. Dia lain dari anak pertama ("lain" maksud aku perangai dia). Tapi kasih sama tetap sama untuk dorang.

Sedar tak sedar, tup tup aku mengandung anak ketiga pula. Alahan tetap sama. Muntah muntah di trimester pertama sehingga trimester kedua. Muntah segala makanan itu aku lalui dengan tabahhhh sangattt. Sakit kepala menjelang maghrib bawa ke tengah malam. Sambil tu melayan karenah anak anak berdua tu yang macam macam perangai sementara nak membesar. Fuhhh! Tapi syukur sangat, bila mana suami sentiasa ringan tulang membantu aku uruskan anak anak, rumah dan segala keperluan aku.

Sekarang pula debaran menanti kelahiran anak ketiga. Mudah mudahan segalanya selamat. Dipermudahkan proses kelahiran, lahir dalam keadaan normal, sihat tubuh badan, membesar dengan baik, menjadi anak soleh solehah untuk ummi abinya, dan berjaya di dunia akhirat. Amin.

Maaf segala salah silap aku sepanjang berblog. Doakan aku dipermudahkan bersalin. Salam Aidilfitri untuk semua... 😊

No comments:

Post a Comment